Maybank Investment Bank Research mengekalkan penarafan 'beli' ke atas Axiata Group, dengan harga sasaran yang lebih rendah pada RM6.60, berikutan risikonya semakin berkurangan.

Firma penyelidikan itu berkata Celcom akhirnya keluar daripada kemelut IT yang sudah lama tertangguh, dan sejak itu lebih rasional dalam harga produknya.

Firma penyelidikan itu berkata PT XL Axiata juga mengkaji menjual bahagian kedua menara, sekali gus mengetepikan terbitan hak.

"Cadangan cukai untuk Dialog (dan syarikat telekomunikasi lain Sri Lanka) sebelum ini tidak diluluskan, dan digantikan dengan beberapa cadangan yang lebih munasabah," katanya dalam nota kajiannya hari ini.

Sementara itu, Robi dan Airtel Bangladesh sedang berunding cadangan penggabungan, yang jika dilaksanakan, memberikan gambaran mengenai penyepaduan dalam negara.

Selain itu, penyenaraian edotco Group Sdn Bhd kemungkinan dilaksanakan pada 2017, dan berkemungkinan meningkatkan nilai Axiata.

Pada 12.04 tengah hari, Axiata Group menokok satu sen kepada RM6.15, dengan 1.88 juta saham diniagakan.