Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat kepada pengguna dan penggiat industri sejak penubuhannya pada Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.
Pengerusi Eksekutifnya Dr Nungsari Radhi berkata inisiatif tersebut termasuk Kod Perlindungan Pengguna Penerbangan Malaysia 2016 (MACPC) yang memastikan pengguna hanya membayar perkhidmatan yang dipilih.
"Kami juga telah menghapuskan caj tersembunyi seperti yuran di KLIA2. Manakala, yuran pemprosesan bayaran tidak boleh dicaj secara berasingan daripada tambang asas. Kami yakin bahawa langkah itu menyumbang kepada ketelusan yang lebih tinggi, sekali gus membolehkan pengguna menikmati penjimatan wang dan membuat keputusan lebih bijak.
"Kami juga yakin aduan pengguna perkhidmatan penerbangan juga kini diberi lebih perhatian dan pulangan wang kepada penumpang dalam tempoh 30 hari daripada tarikh permohonan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Kenyataan itu dikeluarkan sebagai maklum balas kepada dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes terhadap Mavcom baru-baru ini.
Fernandes yang memberikan komen itu menerusi platform LinkedIn pada Isnin mendakwa Mavcom gagal dalam sektor penerbangan dengan memberikan tujuh alasan.
Mengulas selanjutnya, Nungsari berkata suruhanjaya itu telah meluluskan permohonan lebih 93 peratus Hak Trafik Udara (ATR) sejak Januari 2018 hingga Ogos 2019.
Beliau berkata, ia sejajar dengan proses ketelusan yang diperkenalkan Mavcom susulan perbincangannya dengan syarikat penerbangan termasuk AirAsia.
"AirAsia sebagai pihak utama yang menerima manfaat dengan lebih 50 peratus daripada keseluruhan ATR diberikan kepada mereka dalam tempoh itu. Kami lihat 24 peratus daripada ATR yang diberikan kepada AirAsia tidak digunakan dan dikembalikan," katanya.
Beliau berkata Mavcom juga memperkenalkan FlySmart, inisiatif berorientasikan pelanggan sebagai antara usaha mengutamakan hak pengguna dalam sektor penerbangan dengan memberi perhatian kepada kesedaran pemanduan, pendidikan dan memperkasa hak pengembara.
"Pada hari ini, rakyat Malaysia boleh mengakses maklumat berhubung hak-hak mereka sebagai pengembara menerusi pelbagai medium termasuk laman web dan aplikasi mudah alih FlySmart," katanya.
Nungsari berkata suruhanjaya itu dan kakitangannya bertugas mengikut Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta 771) dan berharap dapat memastikan penggiat industri turut dapat menghormati undang-undang dan peaturan di negara ini.
"Banyak pihak berkepentingan dalam industri penerbangan di Malaysia, bukan hanya satu, dan peranan suruhanjaya ialah memastikan ia memberi faedah kepada industri secara keseluruhan dan tidak khusus kepada satu-satu pihak sahaja. Kami berkhidmat ke arah objektif itu dan akan terus berbuat demikian," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 12 2019
NUGSARI: Kami juga telah menghapuskan caj tersembunyi seperti yuran di KLIA2. Manakala, yuran pemprosesan bayaran tidak boleh dicaj secara berasingan daripada tambang asas.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Kekejaman zionis: Universiti Columbia ilhamkan gelombang protes nasional
Protes di Universiti Columbia membantah perang Israel di Gaza telah mencetuskan gelombang demonstrasi serupa di kampus kolej seluruh Amerika Syarikat.
Pemilik stesen minyak didenda RM30,000 jual RON95 kepada kenderaan asing
Hakim menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohammad Naziruddin Abu Hassan, 61, selaku Orang Kena Saman (OKS) selepas mengaku bersalah atas pertuduhan itu.
Komen jelik tentang nahas helikopter TLDM, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping pada Jumaat, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, yang mengorbankan 10 mangsa.
Lima laluan ditutup sementara sempena hari penamaan calon PRK KKB esok
Jalan yang terlibat bagi penutupan sementara itu ialah Jalan Merdeka, Jalan Abdul Hamid, Jalan Dato Muda Jaafar, Jalan Mat Kilau dan Jalan Kamarudin.
20 juta penumpang bakal menikmati PSC lebih rendah - Mavcom
Lapangan terbang yang dijangka mengenakan caj PSC lebih rendah antaranya Langkawi, Pulau Pinang, Kota Kinabalu, Kuching, Miri dan Sibu.
Mavcom sedia pelbagai inisiatif menguntungkan pelanggan
Inisiatif tersebut termasuk kod MACPC yang memastikan pengguna hanya membayar perkhidmatan yang dipilih.