Grand Travel Deals Malaysia Airlines Bhd menawarkan sehingga 40 peratus potongan harga ke atas tiket penerbangan ke destinasi terpilih, serta tawaran perjalanan yang luas, termasuk diskaun tambang untuk kanak-kanak, bagasi lebihan dan tempahan hotel.
Ia berkata dari 23 hingga 29 April, pelanggan boleh menikmati tambang dua hala, termasuk semua, bagi kelas ekonomi dari serendah RM259 ke Phnom Penh, dari RM299 ke Jakarta, dari RM699 ke Hong Kong atau Colombo dan dari serendah RM2,829 ke London.
"Tambang ini sah bagi perjalanan dari 25 April, 2018 hingga 31 Mac, 2019," kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan hari ini.
Tambang termasuk semua bagi kelas ekonomi dari Kuala Lumpur, ditawarkan serendah RM99 ke Terengganu, dari RM139 ke Kuching, dari RM149 ke Miri dan dari RM189 ke Kota Kinabalu, sah bagi pejalanan dari 24 April, 2018 hingga 31 Mac, 2019.
Ia berkata maklumat mengenai tambang itu boleh diperoleh menerusi www.malaysiaairlines.com/traveldeals.
Malaysia Airlines juga menawarkan pelbagai tarikan menarik bagi mereka yang merancang untuk melakukan perjalanan solo atau bersama orang tersayang.
Eksklusif kepada pelanggan kelas perniagaan, tambang rakan istimewa disediakan untuk mereka yang berjalan berpasangan.
Syarikat penerbangan itu berkata menerusi tawaran itu pelanggan diberikan diskaun sehingga 50 peratus ke atas tambang udara bagi kanak-kanan, penjimatan 50 peratus ke atas penginapan hotel di Malaysia semasa menempah bilik menerusi Booking.com dan menikmati potongan 10 peratus ke atas belian awal bagi 10 kg bagasi lebihan selain pilihan tempat duduk. -- Bernama
Bernama
Fri Apr 20 2018
Maklumat mengenai tambang itu boleh diperoleh menerusi www.malaysiaairlines.com/traveldeals. - REUTERS/Fail
Abang Jo kongsi perancangan sarawak di Eropah minggu depan
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Teknologi Hidrogen Eropah dan Forum Penyahkarbonan Eropah Tengah di Poland pada 24-25 April ini.
Nancy harap tindakan segera diambil kurangkan populasi buaya
Populasi buaya yang semakin meningkat di Sarawak dipercayai mencetuskan konflik antara reptilia itu dan manusia sehingga mencetuskan beberapa siri serangan buaya ke atas manusia.
Warga emas cari lokan disyaki dibaham buaya masih belum ditemui
Pasukan SAR bagi mencari Minu Kin, warga emas yang dipercayai dibaham buaya ketika mencari kolan di Sungai Rayu, Lundu pada Rabu lalu masih gagal menemui sebarang petunjuk selepas tiga hari operasi dijalankan.
PRK Kuala Kubu Baharu: 'DAP ada calon layak terdiri daripada Melayu, Cina, India'
Ng Sze Han berkata pihaknya mempunyai ramai calon yang layak bertanding terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina dan India.
Pelajar maut rentas desa: 'Guru sedaya upaya cuba selamatkan Nuqman'
Masyarakat diharap tidak menyebarkan maklumat salah berhubung kematian pelajar di sebuah sekolah menengah ketika menyertai kejohanan merentas desa pada Jumaat.
Awas taktik penipuan beri hadiah percuma ke rumah
Orang ramai diingatkan supaya tidak mudah terpedaya dengan pemberian hadiah percuma dari rumah ke rumah, yang dipercayai menjadi taktik terbaharu sindiket penipuan.
Beras di tapak pelupusan sampah di Temerloh tidak selamat dimakan
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) jelaskan beras yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak selamat untuk dimakan.
Pelajar sekolah meninggal dunia ketika merentas desa
Seorang pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di sini rebah sebelum disahkan meninggal dunia ketika menyertai kejohanan merentas desa di sekolahnya pada Jumaat.
Batik Air gantung operasi ke Istanbul bermula 1 Mei 2024
Menerusi satu kenyataan pada Jumaat, syarikat penerbangan itu berkata keputusan itu dibuat sebagai respons terhadap situasi di Timur Tengah yang memberi kesan kepada laluan penerbangan Batik Air.
Pertimbangan pelayaran misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla
Misi Break the Siege Of Gaza Freedom Flotilla akan tetap diteruskan di sebalik konflik terbaharu antara Israel dan Iran.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Perkara itu disahkan Jurucakap Freedom Flotilla Coalition (FFC), ann wright pada sidang media di Istanbul Turki.
Wartawan kami, Syaff Shukri yang menyertai misi itu ada perincian.
Malaysia Airlines tawar potongan harga sehingga 40 peratus
Grand Travel Deals Malaysia Airlines Bhd menawarkan sehingga 40 peratus potongan harga ke atas tiket penerbangan ke destinasi terpilih.