Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini melancarkan 'Fly Malaysia', kempen jenama untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020) yang bertujuan membolehkan syarikat penerbangan itu, melalui perkongsian dengan badan pelancongan relevan, mempromosikan Malaysia ke seluruh dunia.
Dalam satu kenyataan hari ini, syarikat penerbangan nasional itu berkata Fly Malaysia akan mempromosikan Malaysia secara besar-besaran sebagai destinasi pilihan, kerana syarikat penerbangan itu akan bekerjasama rapat dengan Tourism Malaysia.
"Kempen ini juga adalah untuk menggalakkan rakyat Malaysia memainkan peranan dengan mengambil bahagian dalam beberapa inisiatif media sosial syarikat penerbangan itu dalam mempromosikan negara," katanya.
Kempen Fly Malaysia itu akan dapat dilihat melalui iklan dan saluran media sosial MAB sepanjang tempoh suku keempat 2019 sehingga akhir tahun 2020.
MAB juga akan memulakan lebih banyak kempen jualan bersama syarikat penerbangan sekutunya, Firefly dan MASwings, bagi menggalakkan rakyat Malaysia melancong ke dalam negara dan menghubungkan pelancong ke Malaysia.
"Kami juga akan bekerjasama dengan badan pelancongan negeri di seluruh Malaysia untuk mempromosikan destinasi domestik," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif MAB Kapten Izham Ismail berkata menerusi Fly Malaysia, pengalaman melancong ke Malaysia akan dirasai sebaik sahaja pengembara melangkah masuk ke pesawat, dan bagi rakyat Malaysia, ia adalah suasana seperti berada di tanah air sendiri, walau ke mana sahaja perjalanan mereka lakukan.
"Bagi syarikat penerbangan itu, Fly Malaysia bermaksud menampilkan perkhidmatan kami melalui budaya kita dan sentiasa menjadi rakyat Malaysia, untuk rakyat Malaysia," katanya.
Sepanjang kempen itu, logo "Wau" syarikat penerbangan tersebut, akan dibentuk dengan motif kebaya ikonik bersama reka bentuk batik tradisional, yang mempersembahkan budaya, warisan dan kepelbagaian Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Oct 17 2019
Kempen Fly Malaysia itu akan dapat dilihat melalui iklan dan saluran media sosial MAB sepanjang tempoh suku keempat 2019 sehingga akhir tahun 2020. - Gambar fail
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Dakwaan Israel: PBB masih siasat 8 individu
Pasukan Khas PBB menutup satu kes dan menggantung tiga kes berhubung dakwaan terhadap 12 petugas UNRWA yang terlibat dengan Hamas, susulan kekurangan bukti dari Israel.
Hamas mahu gencatan senjata bersyarat
Hamas komited kuatkuasa gencatan senjata dalam perang dengan Israel, namun dengan syarat yang dituntut.
Penghidap kanser tulang impikan telefon bimbit
Siti Zubaidah, calon SPM yang mengidap kanser tulang, bercita-cita memiliki telefon bimbit untuk merakam kenangan sebelum pergi. Petronas merealisasikan impian ini melalui program 50 Dreams.
Malaysia seru pihak terlibat supaya bertenang dan minta siasatan dijalankan terhadap isu kemanusiaan di Gaza
Malaysia seru semua pihak yang terlibat supaya bertenang dan menghentikan tindakan provokatif yang boleh memburukkan lagi konflik di rantau Asia Barat.
PRK Kuala Kubu Baharu bermula hari ini
PRK DUN Kuala Kubu Baharu dimulakan hari ini dengan proses penamaan calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor. Calon dari parti serta calon bebas boleh serahkan borang pencalonan mulai jam 9 pagi.
Michelle Yeoh terima penghormatan tertinggi Amerika
Michelle Yeoh akan dianugerahkan Pingat Kebebasan Presiden oleh Presiden Joe Biden pada majlis rasmi di White House pada 3 Mei depan.
PM Lee akan hadir Pemukiman Pemimpin Singapura-Indonesia di Bogor
Ini merupakan permukiman ketujuh dihadiri Lee dan Pemukiman Pemimpin terakhir dengan Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi.
Malaysia Airlines lancar kempen Fly Malaysia
Malaysia Airlines Bhd (MAB) hari ini melancarkan 'Fly Malaysia', kempen jenama untuk menyokong Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020).