Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengurangkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus -- kadar yang tidak pernah ditetapkan sejak 11 Mac, 2011 -- telah mengejutkan pasaran, berbeza daripada jangkaan ramai bahawa sekurang-kurangnya OPR dikekalkan pada kadar semasa oleh mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertama tahun ini.
Ramai ahli ekonomi dan penganalisis sebaliknya menjangkakan pengurangan itu akan diputuskan pada Mac dengan berpandangan BNM akan menunggu pengesahan daripada data ekonomi awal 2020 sebelum memutuskan kadar faedah utama.
Pakar Ekonomi JP Morgan, Nur Raisah Rasid berkata seperti juga penurunan OPR pada 7 Mei tahun lepas, tindakan dasar pada Rabu tidak dijangkakan memandangkan sebelum ini beberapa bentuk isyarat diberikan oleh bank pusat terlebih dahulu.
Justeru, keputusan dasar BNM pada Rabu adalah langkah awal untuk memastikan trajektori pertumbuhan di tengah-tengah kestabilan harga.
Menurut bank pusat masih wujud risiko pertumbuhan ekonomi menjadi rendah, termasuk daripada faktor-faktor dalam negara antaranya kelemahan dalam sektor berkaitan komoditi dan kelewatan pelaksanaan projek.
BNM berkata bagaimanapun bagi 2020, pertumbuhan dijangkakan bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah dan sektor luaran.
Nur Raisah berkata mengikut pandangan mereka, pertumbuhan dijangkakan perlahan kepada 4.1 peratus tahun ini daripada jangkaan 4.4 peratus yang dibuat tahun lepas memandangkan pertumbuhan penggunaan swasta, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan sejak 2018, berkurangan dengan ketiadaan pemindahan fiskal kepada isi rumah.
"Oleh itu, kami menjangkakan BNM kekal bertahan sepanjang 2020 susulan langkah pengurangan kadar dasar awal hari ini dengan cenderung kepada kadar yang stabil dan lebih rendah bagi jangka sederhana," katanya dalam nota kepada Bernama.
Dalam konteks itu, beliau berkata, tindakan dasar selanjutnya mungkin akan bergantung kepada data.
Senada dengannya, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berpendapat BNM amat menyedari perkembangan luaran dan akan bergantung kepada data seperti perdagangan, sentimen perniagaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar untuk menentukan tindakan seterusnya.
"Buat masa ini, kami menjangkakan bank pusat akan mengekalkan OPR semasa sepanjang tahun ini tertakluk kepada prospek ekonomi yang semakin berkembang di seluruh dunia.
"Bagaimanapun, jika data menunjukkan lebih buruk, maka BNM mungkin mengurangkan lagi kadar itu," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Penganalisis Pasaran FXTM, Han Tan berkata dalam mengikuti trend itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini, BNM dilihat selesa dengan strategi "lakukan sekali dan kemudian tidak lagi" apabila melaraskan OPR.
"Selagi risiko luaran kekal suram, kadar faedah penanda aras Malaysia dijangka terus dikekalkan pada kadar 2.75 peratus sepanjang 2020," katanya.
Mengenai ringgit, Tan menekankan bahawa unit tempatan masih dijangkakan terus kukuh, seiring dengan kebanyakan mata wang serantau, berbanding dolar AS, memandangkan ekonomi Asia berada di peringkat pemulihan disokong oleh situasi ekonomi global yang bertambah baik sepanjang tahun ini.
"Paras sokongan jangka pendek bagi ringgit berbanding dolar AS boleh dilihat sekitar 4.05, dengan sokongan lebih kukuh untuk mencecah paras psikologi 4.00," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 22 2020
BNM berkata bagi 2020, pertumbuhan dijangkakan bertambah baik secara beransur-ansur, dengan sokongan perbelanjaan isi rumah dan sektor luaran.
Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan pada Sabtu
Giliran bagi delegasi Malaysia ke non violence training dijadualkan pada Sabtu waktu tempatan.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Delegasi Malaysia bakal disertai beberapa delegasi antarabangsa lain antaranya dari Kanada, Algeria, Belanda, Jerman, New Zealand dan Scotland.
Terhad dan tiada tambah baik bantuan Gaza oleh Israel - PBB
Komitmen Israel untuk meningkatkan akses bantuan di Semenanjung Gaza adalah 'terhad dan kadang-kala tiada'.
[TERKINI] A.S veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Amerika Syarikat menghalang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) daripada mengiktiraf negara Palestin dengan memberikan veto dalam Majlis Keselamatan untuk menafikan keahlian penuh Pihak Berkuasa Palestin dalam badan dunia itu.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
BNM sedia guna instrumen, pastikan pasaran kewangan Malaysia kekal teratur
Operasi pasaran BNM akan memastikan mudah tunai yang memadai serta pasaran pertukaran asing berfungsi secara teratur.
Rizab antarabangsa BNM AS$113.8 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$113.8 bilion pada 29 Mac 2024.
Pemecatan salah: Bekas pengurus menang saman terhadap BNM
Mahkamah Tinggi hari ini memutuskan bahawa pemecatan bekas pengurus Bank Negara Malaysia (BNM) kerana menyertai aktiviti politik pada 2016 sebagai tidak sah dan menyalahi undang-undang.
Aset rizab rasmi Malaysia AS$114.28 bilion akhir Februari 2024 - BNM
Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$114.28 bilion pada akhir Februari 2024 manakala aset mata wang asing lain adalah US$202.69 juta (US$1=RM4.73), kata Bank Negara Malaysia (BNM).
OPR Malaysia dijangka kekal stabil pada 3.0 peratus sepanjang 2024 - PIVB Research
Ini selaras dengan pandangan BNM bahawa tahap OPR semasa mencerminkan pendirian dasar monetari yang menyokong serta kondusif kepada ekonomi.
Jualan asing di Bursa Malaysia susut 24.4 peratus minggu lepas
MIDF Research berkata pelabur asing merupakan penjual bersih dari Isnin hingga Rabu, menjual ekuiti bernilai RM757.5 juta.
Ringgit dibuka rendah sedikit menjelang pengumuman data IHP
Pada 9.05 pagi, ringgit turun kepada 4.7390/7430 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7340/7390 pada Jumaat minggu lepas.
Inflasi kos perubatan dorong peningkatan kadar premium insurans - Timbalan Menteri Kewangan
Inflasi kos perubatan tinggi dan trend penggunaan perkhidmatan kesihatan yang semakin meningkat merupakan antara faktor utama yang mendorong peningkatan kadar premium MHIT.
Bagasi berisi wang tunai lebih RM500,000 ditemukan, polis kesan pemilik
Seorang pengawal keselamatan menemukan sebuah bagasi berisi wang tunai berjumlah lebih RM500,000 di tempat letak kereta di sebuah pusat beli-belah di Damansara pagi semalam.
Tindakan secara kolektif diperlukan untuk lindungi ringgit - Bank Negara
Tindakan secara kolektif amat diperlukan untuk melindungi mata wang tempatan ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).