Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) merangkul gelaran lapangan terbang kos rendah ketiga terbaik dunia bagi tahun 2019 oleh Skytrax World Airport Survey.

Lapangan terbang antarabangsa di Sepang itu meningkat satu anak tangga berbanding senarai pada tahun lepas.

Kedua-dua tempat tertinggi dimenangi oleh lapangan terbang di Jepun, iaitu Lapangan Terbang Kansai (Terminal 2) pada tempat pertama dan Tokyo Narita (Terminal 3) di tempat kedua.

Pada tempat keempat pula lapangan terbang Melbourne (Terminal 4) diikuti oleh London Stansted, Brussels Charleroi, East Midlands, Luton, Berlin Schönefeld dan Frankfurt-Hahn.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) merangkul gelaran lapangan terbang kos rendah ketiga terbaik dunia bagi tahun 2019 oleh Skytrax World Airport Survey.
Bagi kategori 100 Lapangan Terbang Terbaik Dunia pula, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pula jatuh dari tempat ke-44 pada 2018 ke tempat ke-54 tahun ini.

Singapore Changi, Tokyo Haneda, Seoul Incheon, Doha Hamad, Hong Kong, Centrair Nagoya, Munich, London Heathrow, Tokyo Narita dan Zurich menduduki tangga pertama hingga ke-10 bagi kategori tersebut.

Skytrax merupakan sebuah badan perunding yang berasas di United Kingdom bertujuan untuk mengkaji mutu perkhidmatan dan kepuasan pelanggan dalam industri penerbangan.