Pemaju hartanah mewah KLCC Property Holdings akan meneruskan proses bidaan projek perluasan kawasan beli belah KLCC yang kini dikendalikan oleh Petronas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Hashim Wahir.
“Segala keputusan sama ada akan mengambil projek ini atau tidak akan diputuskan ahli lembaga pengarah selepas mengambil kira keadaan pasaran.
“Namun kami masih meneruskan proses bidaan,” katanya selepas bertemu Majlis Penasihat Kerajaan bagi menerangkan tentang projek berkenaan.
Projek itu melibatkan pelebaran kawasan beli belah di KLCC menjangkau ke kawasan stesen Transit Aliran Ringan (LRT) dan MRT.
“Semua projek ini akan siap pada 2022 jika kami ambil alih. Jadi tidak timbul isu lebihan bekalan pejabat atau ruang komersial. Semua ruang di menara kami kini dihuni,” katanya ketika menjawab soal lebihan bekalan dalam pasaran.
Tambahnya pihak KLCC Property Holdings sedar akan keadaan semasa pasaran yang berdepan tekanan namun permintaan masih wujud dan ia sedang dianalisa oleh ahli lembaga pengarah.
Syarikat itu mempunyai ruang untuk berhutang sebanyak RM6.65 bilion, berdasarkan sesi penerangan pelabur pada Januari lalu.
Bagaimanapun Hashim enggan mendedahkan jumlah bidaan yang ditawarkan KLCC Property Holdings dalam projek berkenaan.
Najib Aroff
Thu Jun 21 2018
Projek berkenaan dijangka siap pada 2022.
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
'Beli Ikhlas Dari Hati' tawaran istimewa Go Shop sempena Ramadan
Pelbagai diskaun menarik di Go Shop, termasuk penghantaran percuma!
Lazada Malaysia jalin kerjasama dengan Senheng
Ini merupakan satu berita baik buat semua pembeli di Lazada kerana platform e-Niaga Lazada Malaysia telah berkolaborasi bersama jenama barangan elektrik Malaysia, Senheng.