Kerjasama antara produksi China dan Malaysia yang termeterai pada Selasa menyasarkan penghasilan pelbagai projek hiburan kebudayaan bernilai RM3 bilion dalam tempoh lima tahun akan datang.
Kerjasama antara Malaysian Months Studio Sdn Bhd (produksi Malaysia) dengan Golden Shield Television dan Changsa LeFeng Culture Communication Co. Ltd (produksi China) terjalin sempena pembikinan filem aksi berjudul "Beyond Life and Death".
Penerbit filem Golden Shield Television Centre Peggy Lee Ji Wen berkata filem bernilai RM237 juta itu merupakan salah satu projek hiburan kebudayaan yang dirancang sempena kerjasama itu, di samping penghasilan drama, program dan pelbagai aktiviti lain.
"Ia akan diikuti dengan sebuah lagi filem fiksyen sains bertajuk 'Tianjin Death Explosion and Resurrection Day' yang bernilai kira-kira RM400 juta.
"Penggambaran filem ini bermula tahun depan, dan ia dilihat dapat meningkatkan hubungan serta perkembangan industri hiburan dua negara," katanya kepada pemberita selepas Majlis Menandatangani Kerjasama Strategik Siri Projek Budaya Antara Malaysia dan China, di Forest City, pada Selasa.
Lee, yang telah menerbitkan filem yang terkenal seperti Kungfu Hustle dan The Captain berkata, pembikinan filem aksi (Beyond Life and Death) itu merupakan projek pertama yang 90 peratus dilakukan di negara ini terutamanya di Johor.
Sementara itu, Pengerusi Changsa LeFeng Culture Communication, Shi Cai Wen berkata dia teruja untuk bekerjasama dengan produksi Malaysia (Months Studio) yang mempunyai banyak pengalaman dan bertekad menghasilkan filem blockbuster itu.
"Kami sangat kagum dengan budaya dan landskap Malaysia dan membuatkan kami berhasrat untuk menggabungkan kepakaran ini ke dalam filem," katanya.
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan Solehuddin Ahmad pula berkata kerjasama antarabangsa ini akan meningkatkan kadar kunjungan pelancong ke Malaysia terutama negeri Johor.
Menurut beliau, terdapat banyak lokasi indah dan ikonik yang boleh menjadi tempat penggambaran seperti Pantai Desaru, rekaan bangunan lama di Heritage Street, pasar karat serta reka bentuk Victorian Moorish Masjid Sultan Abu Bakar dan banyak lagi.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 03 2019
Tourism Malaysia Wilayah Selatan menjangkakan kerjasama antarabangsa antara Malaysia dan China meningkatkan kadar kunjungan pelancong ke negara ini terutama negeri Johor.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Bharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Bharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Kerjasama China-Malaysia bakal hasilkan pelbagai projek hiburan kebudayaan bernilai RM3 bilion
Pengerusi Changsa LeFeng Culture Communication, Shi Cai Wen berkata dia teruja untuk bekerjasama dengan produksi Malaysia yang mempunyai banyak pengalaman.