Matlamat utama Alibaba Group ialah untuk memperkasa perniagaan kecil dan membawa mereka ke tahap lebih tinggi, dengan itu mewujudkan persekitaran mampan untuk mereka berkembang.
Pengasas dan Pengerusi Eksekutif, Jack Ma berkata, kumpulan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengglobalisasi jenamanya, tetapi sasaran tunggalnya adalah untuk membuka pintu dunia kepada e-dagang melalui Internet.
"Itulah perbezaan antara kami dengan platform digital lain. Kami tidak bertujuan mengglobalisasi Alibaba, tetapi apa yang kami mahu ialah memperkasa dan mengglobalisasi perusahaan kecil dan sederhana (PKS)," katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Selepas pelancaran fasa pertama Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) di sini hari ini, Ma berkata, matlamat seterusnya adalah untuk membawa pengkomputeran awan kepada PKS bagi memastikan mereka beroperasi dengan sistem terkini.
Beliau berharap, kumpulan itu dapat bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi mengajar penuntut bagaimana untuk menjalankan perniagaan secara dalam talian.
"Tidak ada sesiapa perlu takut untuk meneroka sektor e-dagang. Gunakan platform itu dan bagi golongan muda, ia adalah kelebihan untuk mereka kerana mereka dilahirkan dalam era teknologi," katanya.
Ma berkata, kewujudan DFTZ akan meningkatkan peluang kepada PKS untuk menembusi bukan sahaja pasaran China, tetapi juga Rusia, Eropah dan Timur Tengah.
"Tidak lama lagi semua perniagaan perlu diglobalisasi jika mereka mahu terus mampan kerana dunia kini bergerak ke arah e-dagang," katanya.
Ma berkata, modul DFTZ boleh ditiru di tempat lain dan dalam tempoh lima tahun akan datang, negara lain akan mempunyai modul yang sama yang akan memanfaatkan bukan sahaja penggiat ekonomi utama, tetapi juga PKS.
"Dengan memampankan perniagaan kecil, kita boleh meneruskannya untuk tempoh lebih panjang, tetapi dengan syarikat besar, kita hanya boleh mampan untuk tempoh pendek, contohnya lima tahun," katanya.
Sebelum itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Ma melancarkan DFTZ Malaysia dengan penyertaan lebih 1,972 PKS sedia eksport.
DFTZ pertama di dunia itu adalah komponen penting dalam memacu ekonomi digital Malaysia, memudahkan PKS memanfaatkan penumpuan pertumbuhan eksponen ekonomi Internet dan perdagangan rentas sempadan.
DFTZ akan meningkatkan eksport PKS kepada US$38 bilion (US$1=RM4.23), mewujudkan lebih 60,000 pekerjaan dan membantu US$65 bilion barangan bergerak melalui DFTZ menjelang 2025.
Ia juga akan menjadikan Malaysia hab pemunggahan terkemuka Asia pada 2025.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 03 2017
Ma berkata, modul DFTZ boleh ditiru di tempat lain dan dalam tempoh lima tahun akan datang, negara lain akan mempunyai modul yang sama yang akan memanfaatkan bukan sahaja penggiat ekonomi utama, tetapi juga PKS. - Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Israel serang Iran, peluru berpandu Zionis bedil Isfahan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
"Itu fake news, saya tidak tahu siapa reka cerita" - Angeline Tan jawab dakwaan hamil
Kata Angeline, pada usia begini, dia dan suami mahu hidup tenang serta memadai timang cucu sahaja.
Polis buru suspek pecah rumah sebabkan kerugian kira-kira RM5,000
Polis berjaya mendapat kesan cap jari dipercayai milik suspek.
Penerbangan ke Tehran, Isfahan dan Shiraz digantung
Penggantungan itu berkuat kuasa serta-merta, tetapi penerbangan belum dibatalkan, kata pengarah itu.
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan kepada RM50 bilion menjelang 2026
RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan mampan 2026 kepada RM50 bilion berbanding RM20 bilion sebelum ini berikutan pencapaian kukuh setakat ini.
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Pulau Banggi bantu pacu pertumbuhan ekonomi Sabah
Penubuhan Pulau Banggi, Sabah sebagai DFTZ berupaya membantu merangsang ekonomi negeri berkenaan berikutan terletak pada kedudukan yang strategik di laluan perkapalan antarabangsa.
Kerajaan teruskan inisiatif DFTZ - Gobind
Sejak insiatif DFTZ dilaksanakan, projek tersebut telah memberi impak positif dalam meningkatkan penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menerusi transaksi e-dagang rentas sempadan.
Jack Ma kagum pengetahuan teknologi Dr Mahathir
Pengasas dan pengerusi eksekutif Alibaba Group itu mengadakan pertemuan dengan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini.
Hit #mythrowbaek2017 anda
Sudah 60 tahun berlalu sejak laungan kemerdekaan -Merdeka- bergema di Dataran Merdeka, Melaka. Tahun 2017 merupakan tahun yang mencatatkan banyak pencapaian yang cemerlang. Apa #mythrowbaek2017 anda?
'Bicara Empat Mata' bersama PM Najib
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meluangkan masa berkongsi dengan Datuk Aznil Haji Nawawi dalam wawancara yang disiarkan di portal The Rakyat serta RTM dan TV3.
Alibaba beri latihan kepada PKS Malaysia
Program itu yang dijalankan di sembilan bandar utama di seluruh negara sejak dua minggu lepas dan berakhir hari ini, menarik 330 PKS.
Syarikat bumiputera digesa manfaat platform e-dagang
Melalui platform berkenaan, usahawan Bumiputera di negara ini boleh memasarkan segala produk yang dihasilkan untuk pasaran antarabangsa.
PKS perlu berusaha tembusi pasaran bernilai tinggi
Usaha menerusi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan pelaksanaan teknologi juga membolehkan PKS untuk turut menyumbang kepada transformasi Malaysia menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.
Kami mahu globalisasikan e-dagang, bukan platform kami - Jack Ma
Kumpulan itu tidak mempunyai rancangan untuk mengglobalisasi jenamanya, tetapi sasaran tunggalnya adalah untuk membuka pintu dunia kepada e-dagang melalui Internet.
Apa yang anda perlu tahu tentang DFTZ
Apa itu Zon Perdagangan Bebas Digital atau Digital Free Trade Zone Digital Trade Free Zone. Isabelle Leong ada faktanya.