Walaupun nilai Bitcoin masih lagi belum sempurna, tetapi jangan jangka ia akan hilang pada bila-bila masa.

Dalam kesibukan perihal pasaran saham dunia, terdapat beberapa pihak bersetuju dan menolak kemungkinan bahawa mata wang kripto berkenaan akan kekal dalam pasaran saham.

Menurut Ketua Ekonomi Deutsche Bank AG, Peter Hooper, keseluruhan idea Bitcoin ini mempunyai potensi dalam pasaran pada masa depan dan harus dirangkakan dengan lebih baik, lapor Bloomberg.

"Pada akhirnya, kita perlu mencari cara untuk menyesuaikan (Bitcoin) dan mengawal selia perkara ini untuk mengelakkan sebarang masalah.

"Lebih besar ini (Bitcoin mining) terjadi, ianya akan lebih menarik minat untuk dikawal selia," katanya.

Tambahnya lagi, terdapat beberapa potensi yang boleh dimanfaatkan juga merujuk kepada kelebihan Bitcoin untuk menghantar wang melepasi sempadan.

Namun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif JPMorgan Chase & Co, Jamie Dimon, beliau merasakan bahawa Bitcoin tidak akan berada dalam pasaran global untuk tempoh yang lama.

Bagaimanapun, mata wang kripto ini masih banyak perlu dipertingkat dari segi perangkaannya untuk bersaing dengan bekalan mata wang yang sedia ada akan tetapi wujud persoalan tentang kestabilan kewangan.

Terdahulu, nilai satu Bitcoin didagangkan di bawah AS$1,000 pada awal tahun ini telah melepasi paras AS$10,000 (RM41,000).

BACA: UMNO 4.0: Ahli MT layan Bitcoin

BACA: Nilai satu bitcoin melepasi paras RM41,000 buat pertama kali

BACA: Tak sengaja buang Bitcoin RM345 juta, lelaki sanggup gali tapak pelupusan sampah