HARGA minyak jatuh pada dagangan Selasa dipacu petanda ekonomi perlahan global akan membawa kepada permintaan yang lemah.

Harga minyak bagi penanda Brent turun 48 sen kepada AS$62.26 setong, bersamaan 0.8 peratus.

BACA: RON95 dan RON97 naik 6 sen

Pada Isnin, China melaporkan prestasi ekonomi terendah dalam 28 tahun pada kadar 6.6 peratus bagi 2018.

Keadaan itu dijangka mengganggu permintaan minyak dunia, sekali gus menolak turun harga minyak mentah.

Pada Isnin, Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) Christine Legarde menyatakan unjuran lemah ekonomi global selepas pertumbuhan kukuh dua tahun lepas.

Beliau menjangkakan pertumbuhan 3.5 peratus bagi 2019 dan 3.6 peratus bagi 2020, lebih perlahan daripada jangkaan.