Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei, risiko penurunan masih kekal, menurut Affin Hwang Capital.
Dalam nota penyelidikannya hari ini, ia berkata eksport Malaysia sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran, ekoran ketidaktentuan dalam perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
"Kami mengekalkan unjuran ke atas eksport kasar dan import, masing-masing pada dua peratus dan 3.4 peratus pada 2019, dengan lebihan dagangan sebanyak RM110.0 bilion, merosot sedikit daripada RM120.3 bilion yang direkodkan pada 2018.
"Risiko penurunan kekal, jika rundingan perdagangan gagal lagi," katanya.
Walaupun AS dan China mengumumkan perdamaian an bersetuju untuk meneruskan rundingan, Affin Hwang Capital berkata tarif yang telah ditetapkan sebelum ini, telah melemahkan pertumbuhan eksport serantau akibat beberapa gangguan rantaian bekalan global.
Indeks Pengeluaran Malaysia merosot kepada 47.8 pada Jun daripada 48.8 pada Mei, dan menurut laporan Markit, sektor perkilangan terus berhadapan cabaran ekoran permintaan yang lemah dengan tempahan yang lebih kecil daripada pelanggan antarabangsa, sekali gus menjejaskan jumlah pengeluaran.
Penjualan semikonduktor global merosot 14.6 peratus pada Mei (-13.7 peratus pada April), yang turut memberi kesan kepada eksport produk semikonduktor Malaysia, katanya.
Firma penyelidikan lain juga menyuarakan sentimen yang serupa mengenai momentum pertumbuhan eksport Malaysia pada masa hadapan.
Begitu juga, beliau berkata eksport komoditi menurun pada kadar yang lebih rendah sebanyak 1.3 peratus tahun ini, selepas jatuh 9.5 peratus pada April, ketika berlaku lonjakan ketara dalam penghantaran minyak sawit dan penurunan eksport minyak mentah yang lebih perlahan, namun sebaliknya, penghantaran gas asli cecair (LNG) menyusut.
Dalam nota penyelidikannya, Public Investment Bank berkata Malaysia adalah antara beberapa negara di rantau ini, bersama Vietnam dan China, yang berjaya mengekalkan momentum eksport.
Ia berkata minyak sawit dan minyak berasaskan sawit dan getah asli menyaksikan kemunculan kukuh pada Mei, dengan geath berjaya mengekalkan momentum pertumbuhan yang positif sejak April.
Minyak sawit mentah pulih pada Mei, pertumbuhan positif pertama dalam tempoh lebih setahun, katanya.
AmBank Group Research pula berkata trajektori perdagangan untuk separuh kedua tahun ini perlu diberikan perhatian.
Pada Mei, eksport meningkat lebih cepat sebanyak 2.5 peratus berbanding 1.1 peratus pada April, manakala import perlahan kepada 1.4 peratus berbanding 4.4 peratus pada April.
Sementara itu, lebihan dagangan merosot kepada RM9.1 bilion pada Mei daripada RM10.9 bilion.
Menurut AmBank Group Researc,h jumlah dagangan terkini menandakan permintaan luar yang kekal lemah, memandangkan eksport sepanjang tahun meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus manakala import kekal negatif pada -0.6 peratus.
"Pada masa ini, kita kekal berhati-hati terhadap perdagangan luar disebabkan oleh penurunan dalam sektor perkilangan global seperti yang ditunjukkan dalam Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Global (PMI) Jun, yang berkurangan kepada 49.4 mata daripada 49.8 mata pada Mei.
"Selain itu, kaji selidik itu juga menyerlahkan kedudukan operasi yang merosot alam industri barang perantaraan dan pelaburan. Untuk itu kami percaya prestasi eksport akan bekurangan untuk sepanjang 2019 dan menyasarkan pertumbuhan dua peratus pada 2019," katanya.
Bernama
Fri Jul 05 2019
eksport Malaysia sebahagian besarnya dipengaruhi oleh faktor luaran, ekoran ketidaktentuan dalam perdagangan dua hala antara Amerika Syarikat (AS) dan China. - Gambar fail
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit susut berbanding dolar AS pada sesi awal Jumaat ketika unit negara maju itu meneruskan pengukuhannya.
[TERKINI] Peluru berpandu Israel jatuh di Iran
Peluru berpandu dipercayai milik Israel mengenai sebuah tapak di Iran, menurut laporan ABC News memetik seorang pegawai tertinggi Amerika Syarikat (AS).
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
Agensi berita Iran FARS pula berkata, letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
CNN turut melaporkan beberapa penerbangan yang melalui ruang udara Iran telah dilencongkan.
[LAPOR LANGSUNG] Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Kepulangan Syamer kekuatan tambahan Penang FC - Jurulatih
Pengalaman Syamer bersama pasukan JDT dan skuad kebangsaan merupakan peluang terbaik untuk membantu pasukan bersaing dengan lebih hebat.
Penerbangan komersial dilencongkan selepas dakwaan letupan di Isfahan
Syarikat penerbangan Emirates dan FlyDubai yang berpangkalan di Dubai mula melencong pesawat mereka kira-kira 4.30 pagi waktu tempatan.
KBS umum syarat pelepasan cukai latihan sukan
Pelepasan ini akan diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka meninggal dunia
Allahyarham Zaidi Johari yang berusia 54 tahun menghembuskan nafas terakhir akibat serangan jantung sekitar pukul 8.15 pagi ini.
Peluru berpandu terkena sebuah tapak di Isafahan, Iran
Letupan kedengaran di lapangan terbang di bandar Isafahan di Iran tetapi puncanya masih belum dapat dipastikan.
Letupan terdengar di Isfahan, Iran - Laporan
Satu letupan kedengaran di barat laut bandar Isfahan di Iran, lapor agensi berita FARS yang memetik sumber tempatan.
Raffi Ahmad mengaku pernah minum air basuhan kaki ibu
"Benar, saya minum (air basuh kaki). Minggu hadapan semua pekerjaan yang hilang saya dapat balik." - Raffi Ahmad
Eksport Mei meningkat namun Malaysia kekal dalam risiko menurun
Walaupun momentum pertumbuhan eksport yang dicatatkan oleh Malaysia pada Mei, risiko penurunan masih kekal, menurut Affin Hwang Capital.