Pertumbuhan ekonomi 4.7 peratus pada 2018 dipacu polisi kerajaan yang merombak semula ekonomi negara ke arah pertumbuhan berkualiti tinggi sekaligus mempercepatkan pertumbuhan, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
“Dari ukuran suku ke suku tahun, pelaburan awam meningkat sebanyak 44 peratus dalam suku keempat. Perkembangan positif ini dijangka berlanjutan dalam tahun 2019,” katanya.
Guan Eng berkata eksport juga berkembang 1.3 peratus tahun ke tahun pada suku tersebut selepas jatuh 0.8 peratus pada suku ketiga.
“Untuk sepanjang tahun lalu pada harga semasa, eksport barangan kita telah meningkat 6.7% kepada hampir RM1 trilion,” katanya.
Jelas Guan Eng pencapaian itu direkodkan di sebalik ‘perang dagangan’ antara Amerika Syarikat dan China.
Guan Eng berkata inflasi 2018 juga mempunyai purata 1 peratus tahun ke tahun, merupakan kadar terendah yang dicatatkan dalam tempoh 9 tahun.
“Dalam 4 bulan yang pertama di bawah pentadbiran yang terdahulu, purata kadar inflasi ialah 1.7 peratus tahun ke tahun.
“Ini berbeza dengan 8 bulan pertama pentadbiran Pakatan Harapan, apabila ia menurun secara signifikan kepada 0.6 peratus tahun ke tahun,” katanya.
Tambahnya Indeks Harga Pengguna (IHP) menunjukkan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bermula Jun 2018 membawa kepada penurunan ketara harga pengguna.
“Pengenalan semula Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) pada September 2018 tidak membawa kepada peningkatan inflasi secara mendadak dalam bulan-bulan yang berikutan.
“Sebagai contoh, kadar inflasi berpurata hanya 0.3 peratus tahun ke tahun dalam 4 bulan pertama setelah pengenalan SST, berbanding purata inflasi yang lebih tinggi pada 2.4% dalam 4 bulan pertama setelah GST diperkenalkan pada 2015,” katanya.
Najib Aroff
Sat Feb 16 2019
Jelas Guan Eng pencapaian itu direkodkan disebalik perang dagangan antara Amerika Syarikat dan China. - Foto Bernama
Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini sehingga 5 Mei
TH anjur Kursus Perdana Haji secara berperingkat di seluruh negara bermula hari ini di Masjid WIlayah Persekutuan sehingga 5 Mei ini, di mana ia merupakan kursus terakhir bagi bakal jemaah haji sebagai platform ulang kaji dan pelengkap kepada kursus-kursus sebelum ini.
White House enggan komen serangan Israel ke atas Iran
Jurucakapnya White House berkata Amerika Syarikat tidak mahu komen tentang perkara itu kerana dari awal lagi mereka tidak ingin terlibat secara langsung atas perang antara Iran dan Israel, atas kerisauan peningkatan suhu konflik di Asia Barat.
Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
Freedom Flotilla Coalition (FFC) mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
Perkara itu disahkan Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright menerusi taklimat ringkas kepada semua peserta terlibat di Istanbul pada petang Jumaat.
[Kronologi] perang Iran - Israel
[Kronologi] perang Iran - Israel
Pengembara dari dan ke Singapura bawa lebih S$20,000 perlu lakukan pengisytiharan
Pengisytiharan menggunakan kertas pada masa ini akan dihentikan pada 13 Mei ini.
GiatMARA Bagan Datuk dinaik taraf sebagai Malaysia-China Institute
Pada peringkat awal, pusat itu akan melatih 2,000 tenaga TVET yang mendapat tajaan latihan ke negara berkenaan.
PM tiba di Kota Kinabalu untuk lawatan sehari
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kota Kinabalu malam tadi untuk lawatan kerja sehari ke Sabah.
Bayaran yuran latihan e-sukan layak nikmati pelepasan cukai mulai tahun depan - Hannah
Perbelanjaan yuran keahlian gimnasium, mengikuti latihan atau kelas e-sukan, ekuestrian, renang, sukan bermotor dan taekwondo layak untuk menikmati pelepasan cukai sehingga RM1,000 mulai tahun depan.
PM Anwar beri sumbangan kepada Nur Khayla Azzahra
Sumbangan berkenaan disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi yang mewakilinya bertemu Nur Khayla Azzahra dan keluarganya.
Fasa pertama Litar Pasir Gudang dijangka siap dalam tempoh tiga tahun - Tunku Abdul Rahman
Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman Sultan Ibrahim menjangkakan fasa pertama 'Johor Circuit' di Litar Pasir Gudang siap dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Biden jangka Iran tidak akan berlengah untuk serang Israel
Biden berkata beliau tidak mahu memberi penjelasan lanjut terhadap maklumat risikan sulit diperoleh Washington mengenai rancangan Tehran.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Gempa bumi 7.4 magnitud landa pantai timur Taiwan, amaran tsunami dikeluarkan
Jepun keluarkan amaran tsunami untuk pulau Miyakojima dan Okinawa serta amaran ombak setinggi tiga meter dijangka berlaku dalam masa terdekat.