Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menemui pelabur dan pengurus dana British utama di sini pada Ahad malam untuk membincangkan mengenai prospek ekonomi dan pelaburan Malaysia.
Antara yang hadir pada pertemuan itu termasuklah wakil dari Hong Kong and Shanghai Banking Corporation Ltd, Shell, Jardine Matheson dan Baring Asset Management.
Dr Mahathir yang tiba di London pada Sabtu untuk peringkat kedua lawatan kerja beliau ke United Kingdom (UK), akan mengakhiri lawatannya pada Isnin selepas menyampaikan ucapan bertajuk "Masa Depan Demokrasi di Asia" di Chatham House dan menghadiri taklimat mengenai reformasi polis dan sektor awam di UK.
Dalam peringkat pertama lawatan beliau ke UK pada 21-25 Sept, Dr Mahathir telah menemui Sir James Dyson, seorang billionaire British dan pencipta pembersih hampagas tanpa beg, yang dilaporkan berminat untuk membuat pelaburan baharu di Malaysia.
Dyson kini mempunyai kilang pengeluaran selain Pusat Pembangunan Dyson Malaysia di Johor.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 01 2018
Dr Mahathir melihat teksi baharu elektrik London yang dimiliki Geely sebelum menghadiri taklimat mengenai hala tuju Lotus secara tertutup di London, 30 Sept, 2018. --fotoBERNAMA
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
FFC mengesahkan sudah melengkapkan segala keperluan bagi membolehkan misi pelayaran Jumaat ini.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua keperluan sudah dilengkapkan, kapal sedia belayar Jumaat ini - FFC
Ia termasuk keperluan teknikal dan 'crewing' yang merujuk kepada proses menyediakan dan menguruskan ahli kru.
Freedom Flotilla to Gaza: Ideologi Nelson Mandela wajar dicontohi dalam misi capai keamanan - Cucu
Menurut Manlda Mandela, datuknya pencinta keamanan dan bukan seorang pendendam walaupun selepas berjaya mengalahkan rejim apartheid.
Kontroversi UM: Bukan untuk sekat kebebasan universiti - Zambry
Kebebasan yang diberi perlu mengambil kira polisi serta pendirian kerajaan di samping sensitiviti masyarakat dan majoriti rakyat.
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari transformasi digital - Wilson
Pelan strategik pendigitalan akan dikemaskinikan selari dengan transformasi digital, kata Timbalan Menteri Digital Datuk Wilson Ugak Kumbong.
Kekejaman zionis: Gaza lepasi ambang kebuluran enam minggu akan datang - WFP
Semenanjung Gaza bakal melepasi ambang kebuluran iaitu ketidakamanan makanan, kekurangan zat makanan dan kematian.
Kekejaman zionis: Halalkan penempatan haram di Tebing Barat berbahaya - A.S
Membenarkan penempatan haram di Tebing Barat akan menjadi tindakan berbahaya dan melulu.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kekejaman zionis: Israel langgar undang-undang antarabangsa - Badan pemantau
Sebuah kumpulan pemerhati dan pemantau berkata, Israel telah melanggar undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia di Gaza.
[KOLUMNIS] 150 tahun Perjanjian Pangkor: Detik hitam tergadainya tanah air
Tanggal 20 Januari 1874 bukanlah suatu tarikh yang patut rakyat Malaysia rayakan tetapi sekurang-kurangnya diingati sebagai pedoman agar kedaulatan negara tidak tergadai lagi.
PRU15: Kami bukan 'produk pelancongan', kami sebahagian arkitek pembentukan Malaysia - Presiden Baba Nyonya
Sumbangan yang diberikan oleh kaum itu dalam pembentukan Malaysia juga adalah sesuatu yang turut dirakam sejarah negara ini.
Tiada persetujuan menimbang tara dalam pertikaian Malaysia dengan waris Sultan Sulu - Tommy Thomas
Ia termaktub sepertimana di bawah bidaan undang-undang oleh waris untuk mendapatkan pampasan bagi tanah Sabah.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Mac 2022.
Astro, anggota kumpulan reggae UB40, meninggal dunia
Astro bersama UB40 sehingga 2013 dan dikenali dengan lagu-lagu seperti Red Red Wine dan Can't Help Falling In Love.
Letak jawatan: Sajid Javid ganti Matt Hancock
Johnson berkata, Hancock sepatutnya meninggalkan pejabat dalam keadaan berbangga dengan pencapaiannya selama ini, bukan hanya dalam menangani wabak, malah sebelum COVID-19 menyerang.
Malaysia, UK lancar buku panduan mengenai bandar raya pintar
Malaysia dan UK bersama melancarkan buku panduan bertajuk "Smart City Handbook: Malaysia" bagi memupuk kolaborasi dan kerjasama dalam aspek pembangunan bandar raya pintar.
Jaguar menjadi jenama kereta elektrik sepenuhnya menjelang 2025
Syarikat berkenaan ingin memberi penekanan kepada kelestarian kereta elektrik terhadap dua jenama keluarannya itu.
COVID-19: Setiausaha Kesihatan Britain kuarantin diri, dikhuatiri ada kontak rapat
Beliau bertindak selepas mendapat notifikasi daripada aplikasi pengesanan kontak nasional bahawa beliau merupakan kontak rapat dengan kes positif COVID-19.
Penulis legenda novel perisik John le Carre meninggal dunia
Mendiang meninggal dunia selepas mengalami radang paru-paru.