Kalangan pemimpin sektor korporat, termasuk ketua pegawai eksekutif (CEO) tidak harus kekal dalam jawatan sama bagi tempoh melebihi 10 tahun, kata Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd, Tan Sri Abdul Wahid Omar.
Menurutnya, walaupun CEO yang lama berkhidmat mampu menyuntik kestabilan kepada sesebuah syarikat namun mereka juga berisiko mencatat prestasi yang semakin merosot atau menjadi terlalu selesa.
"Hasil penyelidikan turut menunjukkan bahawa prestasi kebanyakan syarikat yang dipimpin CEO sama melebihi 10 tahun tidaklah sebaik prestasi mereka sewaktu 10 tahun pertama menggalas jawatan itu.
"Jika individu itu bagus sekali pun, anda sepatutnya memberinya peluang untuk menyandang peranan lebih utama atau menerajui organisasi leih besar," katanya pada Sidang Kemuncak Kepimpinan Malaysia di sini, hari ini.
Berkongsi pandangan selanjutnya, Abdul Wahid berkata adalah penting bagi organisasi untuk sering menyuntik nafas baharu dari semasa ke semasa, termasuk mengehadkan tempoh jawatan pemimpinnya.
Malah, beliau berkata, organisasi perlu memberi peluang kepada golongan muda untuk mengambil alih tugas sebagai peneraju bagi mendapatkan persekitaran kerja lebih segar dan berbeza.
"Saya rasa ini penting untuk memperbaharui komitmen terhadap pemimpin akan datang selain berani memberi peluang kepada pemimpin muda untuk menggalas jawatan lebih penting seperti CEO," katanya.
Persidangan dua hari bermula hari ini, adalah anjuran bersama Universiti Teknologi Mara (UiTM), Institut Kepimpinan dan Pembangunan UiTM dan Global Leadership Dynamics Asia.
Antara penceramah terkemuka pada acara itu adalah Ketua Audit Negara Tan Sri Dr Madinah Mohamad, bekas Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia Tan Sri Zarinah Anwar, Ketua Pegawai Eksekutif SME Corporation Malaysia Datuk Hafsah Hashim, Pengarah Urusan Kumpulan Habib Datuk Seri Meer Sadik Habib dan pereka fesyen Hatta Dolmat.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 06 2018
Abdul Wahid berkata, organisasi perlu memberi peluang kepada golongan muda untuk mengambil alih tugas sebagai peneraju bagi mendapatkan persekitaran kerja lebih segar dan berbeza. - Gambar fail
[INFOGRAFIK] Letusan Gunung Ruang
Berikut adalah info berkenaan dengan letusan Gunung Ruang di Wilayah Sulawesi Utara.
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Perang Iran-Israel, kesan kepada geopolitik Asia Barat
Penasihat Kehormat, Humanitarian Care Malaysia (MyCARE), Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor memberikan analisis semasa mengenai perang Iran dan Israel serta kesannya kepada geopolitik di Asia Barat.
Colombia bergelut masalah air, takungan negara kering
Rakyat di seluruh Colombia bergelut dengan catuan air apabila takungan di negara itu kering.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Menurut National Interconnected System XM, takungan di Colombia telah jatuh mendadak kepada paras di bawah 28.75% daripada kapasitinya.
Ketua tentera Kenya maut dalam nahas helikopter
Ketua tentera Kenya, Francis Ogolla, meninggal dunia dalam nahas helikopter di bahagian barat negara itu pada Khamis.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Perkara itu diumumkan Presiden Kenya, William Ruto dalam ucapan yang disiarkan di televisyen.
Jangan panik berita palsu tsunami di Sulawesi - BASARNAS
Susulan amaran tsunami yang dikeluarkan Badan Geologi Kementerian Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia di Sulawesi akibat letusan Gunung Ruang.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, Feri Ariyanto menasihatkan kepada penduduk Indonesia dan negara sekitar supaya tidak panik dengan berita palsu di media sosial.
Ruang udara Sulawesi merbahaya, buat penerbangan dan manusia
Penutupan lapangan terbang dan ruang udara bagi penerbangan komersial di Sulawesi dan kawasan terjejas adalah berpandukan kepada arahan pihak berkuasa Indonesia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Justeru Pegawai Komunikasi Badan Nasional Pencarian dan Pertolongan (BASARNAS) Manado, menasihatkan orang ramai patuh kepada arahan, kerana abu volkano yang terlepas di udara adalah merbahaya, terutamanya hubungan secara terus kepada manusia.
Polis tumpas sindiket bekal sistem rekod, kira wang kepada pusat panggilan
Polis menumpaskan sindiket membekalkan sistem rekod dan mengira wang kepada pusat panggilan bagi menjalankan penipuan dalam talian yang menumpukan kepada warga China.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Malaysia melahirkan kebimbangan dan kekecewaan susulan tindakan Amerika Syarikat menggunakan veto untuk menghalang Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) daripada mengiktiraf Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) walaupun seruan jelas oleh majoriti ahli PBB.
Layanan dwi-standard bukti keseimbangan dunia semakin sukar dicapai
Felo Operasi Psikologi Pusat Pengajian Perang Saraf Media & Informasi UITM, Dr. Noor Nirwandy Mat Noordin berkata, perkara itu berlaku disebabkan pertembungan ideologi yang berbeza antara banyak negara.
Penguasaan korporat Bumiputera di Bursa Malaysia hanya 7 peratus - Abdul Wahid
Penguasaan korporat Bumiputera dalam kalangan syarikat tersenarai awam, Public Listed Company (PLC) setakat tahun 2022 hanyalah 7 peratus.
Kerajaan gesa kepada lebih banyak penglibatan belia bagi bentuk agenda ESG Malaysia
Hanifah berkata, belia perlu bersuara dalam pembangunan inisiatif kemampanan dan menjadi sebahagian daripada agenda hijau.
Bank perlu senaraikan anak syarikat perbankan Islam - Bursa Malaysia
Bursa Malaysia Bhd menggalakkan institusi kewangan supaya mula meneroka kemungkinan menyenaraikan anak syarikat perbankan Islam masing-masing walaupun menghadapi cabaran instrumen ekuiti patuh syariah
WEF iktiraf usaha peralihan tenaga Malaysia sebagai terbaik di Asia Tenggara - Abdul Wahid
WEF mengiktiraf kemajuan dan rancangan Malaysia untuk memastikan peralihan tenaga dilaksanakan tepat pada masanya dan bersesuaian.
Wujudkan budaya beramanah untuk program pemberi maklumat yang efektif - Wahid Omar
Mewujudkan persekitaran yang beramanah secara dalaman dan luaran adalah penting untuk organisasi bagi memastikan program pemberi maklumat atau 'whistleblower' yang efektif.
Belanjawan 2023: Sektor korporat ceria tanpa Cukai Makmur - Wahid Omar
Ketiadaan Cukai Makmur yang berpotensi mengurangkan lima hingga enam peratus daripada pendapatan saham-saham komponen FBM KLCI 2023, memberikan kelegaan besar kepada sektor korporat.
Bursa Malaysia lancar BCX, dagangan karbon patuh syariah pertama
Bursa Malaysia Berhad hari melancarkan Bursa Carbon Exchange (BCX) bagi Pasaran Karbon Sukarela (VCM) yang mematuhi syariah, pertama seumpamanya di dunia.
Ketiadaan cukai makmur jadi petanda baik bagi pasaran modal - Bursa Malaysia
Ia berpotensi mengurangkan unjuran EPS 2023 bagi FTSE Bursa Malaysia KLCI sebanyak lima hingga enam peratus.
Malaysia dijangka tidak alami kemelesetan, disokong kepelbagaian ekonomi - Abdul Wahid
Ekonomi Malaysia kurang bergantung kepada komoditi, selain mengamalkan dasar pragmatik dan responsif.
Aliran masuk tunai bersih pasaran ekuiti catat RM6.3 bilion setakat Julai - Abdul Wahid
Pasaran modal domestik kekal teratur dengan pasaran ekuiti mencatat aliran masuk tunai bersih sebanyak RM6.3 bilion setakat Julai lepas biarpun dalam keadaan tidak menentu kebelakangan ini.