Boustead Holdings Bhd (BHB), yang menjual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang di Kuala Lumpur kepada Hotel Royal Ltd, syarikat yang disenaraikan di Singapura dengan nilai RM197 juta secara tunai, dijangka mencapai keuntungan dianggarkan sebanyak RM92 juta apabila selesai langkah tersebut.
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BHB berkata ini menyumbang kepada 4.5 sen sesaham.
Jurucakap BHB dalam kenyataan pada Jumaat berkata penjualan hotel itu merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan kumpulan Boustead untuk kembali mencatat keuntungan dengan cara menjual aset bukan strategik.
Hotel tersebut yang terletak di Jalan Conlay, menghadapi persaingan sengit di kawasan Segitiga Emas Kuala Lumpur termasuk daripada platform dalam talian seperti Airbnb.
Persaingan itu mengakibatkan kadar penghuniannya rendah sebanyak 52 peratus pada 2018 berbanding kadar purata penginapan hotel di Lembah Klang yang mencatatkan kira-kira 74 peratus, kata BHB.
BHB berkata kerja-kerja pengubahsuaian juga diperlukan untuk hartanah yang telah berusia itu untuk kekal menarik dan berdaya saing.
Mengambil kira prospek untuk menguruskan hotel tersebut, penjualan itu menawarkan nilai yang lebih tinggi kepada kumpulan tersebut.
Lokasi strategik Hotel Royale Chulan Bukit Bintang membolehkan kumpulan itu menjual hotel tersebut pada nilai premium berbanding nilai penetapan bersih, kata BHB.
Cadangan penjualan itu, bagaimanapun bersyarat, antaranya pembeli mendapat kelulusan daripada Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Malaysia dan kelulusan daripada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan serta memenuhi semua syarat dan keperluan penyenaraian yang ditetapkan oleh Singapore Exchange Securities Trading Ltd.
Cadangan penjualan itu dijangka selesai menjelang Julai 2019.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 15 2019
Penjualan hotel itu merupakan sebahagian daripada rancangan keseluruhan kumpulan Boustead untuk kembali mencatat keuntungan dengan cara menjual aset bukan strategik. Foto royale-chulan.com
Tun Hanif Omar dikebumi di Makam Pahlawan
Jenazah Allahyarham akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Negara terlebih dahulu.
'Ayah letak tugas, kerjaya nombor satu' - Anak Tun Hanif
Allahyarham Tun Mohammed Hanif Omar meletakkan kerjaya yang melibatkan keselamatan rakyat serta negara sebagai perkara paling utama ketika hayatnya.
KPN ucap takziah kepada keluarga Tun Hanif Omar
Razarudin mewakili keluarga Sang Saka Biru mengucapkan takziah kepada keluarga bekas KPN Tun Mohammed Hanif Omar.
Sofia Jane raih anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Asia ke-21
Secara keseluruhan naskhah arahan Badrul Hisham Ismail itu juga berjaya merangkul Anugerah Most Original Film.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
LTAT tempelak kenyataan ‘pengunduran’ Ahmad Nazim
LTAT memaklumkan, dakwaan itu tidak tepat kerana pada masa ini masih tiada keputusan akhir tentang pengunduran Ahmad Nazim.
BHB nafi beli saham daripada pemegang saham BHPetrol lain
Boustead Holdings Bhd (BHB) menjelaskan bahawa ia tidak membuat sebarang pembelian saham daripada pemegang saham Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, juga dikenali sebagai BHPetrol yang lain.
Tarikh tutup pertama untuk pengambilalihan baki saham Boustead pada 22 Mei
BHB berkata tempoh tawaran itu akan kekal dibuka untuk penerimaan sehingga 5 petang pada Isnin, 22 Mei depan, sebagai tarikh tutup pertama.
Mohd Redzuan letak jawatan pengerusi Boustead Holdings
Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof telah meletakkan jawatannya sebagai pengerusi bebas bukan eksekutif Boustead Holdings Bhd untuk meneruskan minat lain berkuat kuasa hari ini.
Boustead jual Hotel Royale Chulan Bukit Bintang pada RM197 juta
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia pada Jumaat, BHB berkata ini menyumbang kepada 4.5 sen sesaham.