Orang kedua penting dalam sejarah Disney, Bob Iger, 69, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Walt Disney (DIS), berkuat kuasa serta merta.
Iger berkata keputusan itu merupakan keputusan paling tepat baginya berikutan pengambilalihan aset hiburan Fox dan pelancaran perkhidmatan streaming Disney Plus pada November depan.
Bagaimanapun beliau kekal sebagai pengerusi menerusi kontraknya sehingga 31 Disember 2021.
Selain mengetuai lembaga itu, Iger berkata, beliau akan menghabiskan lebih banyak masa untuk usaha kreatif Disney, termasuk rangkaian sukan ESPN, studio Fox yang baharu diperoleh dan perkhidmatan streaming Hulu dan Disney Plus.
Ketua Pegawai Eksekutif Disney, Bob Iger, yang mengarahkan penyerapan syarikat Star Wars, Pixar, Marvel dan perniagaan hiburan Fox dan pelancaran pencabar Netflix, segera turun, kata syarikat itu dalam satu kejutan.
Menurutnya, beliau tidak dapat melakukannya ketika menguruskan Disney secara harian.
"Dengan pelancaran perniagaan langsung kepada pelanggan Disney dan integrasi Twenty-First Century Fox dengan baik, saya percaya ini adalah masa yang optimum untuk beralih kepada CEO baru," katanya dalam kenyataan akhbar pada Rabu.
Agensi
Wed Feb 26 2020
Bob Iger mengumumkan perletakan jawatan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa serta-merta. -Gambar fail
[LAPOR LANGSUNG] Gaza Freedom Flotilla: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel
Peguam, Huwaida Arraf memaklumkan misi ini akan melalui perairan antarabangsa sebelum memasuki kawasan perairan Palestin.
Freedom Flotilla to Gaza: Cucu Nelson Mandela antara peserta misi bantuan
Penyertaannya dalam misi ini bagi sama-sama menyokong misi memecah sekatan rejim Israel bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.
Lapan mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas selamat dikebumi
Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesedihan ahli keluarga dan waris yang mengiringi perjalanan terakhir mangsa.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: Lapan mangsa selamat dikebumi
Suasana sedih dan pilu menyelubungi majlis pengebumian lapan daripada 10 jenazah mangsa nahas berkenaan.
Nahas helikopter: Pulau Pinang sedia bantu keluarga Muhammad Firdaus
Chow tidak memperinci bentuk bantuan yang bakal disalur namun memberitahu akan melawat keluarga Allahyarham di Pantai Jerejak hari ini.
Hujan sambut ketibaan jasad Joanna di kampung halaman
Jasad mendiang yang tiba dalam suasana rintis syahdu hujan disambut dengan istiadat ketenteraan oleh 27 pegawai dan 80 lain-lain anggota.
Amalan pemakanan tidak sihat, kurang aktiviti fizikal punca utama obesiti - Dr Dzulkefly
Amalan pemakanan yang tidak sihat dan kurang aktiviti fizikal merupakan komponen utama yang menyumbang kepada masalah obesiti, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Tangisan anak bongsu iringi pengebumian Komander Amir
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di kampung halamannya itu tepat pada jam 12.30 malam.
Tingkat jumlah pelajar antarabangsa: KPT rangka langkah permudah prosedur imigresen
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) sedang merangka langkah untuk mempermudahkan prosedur imigresen dalam usaha meningkatkan bilangan pelajar antarabangsa ke Malaysia.
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Disney tamatkan perkhidmatan 7,000 pekerja minggu ini
Gergasi hiburan Amerika Syarikat (AS) Walt Disney akan mula mengeluarkan notis pemberhentian untuk lebih 7,000 kakitangan minggu ini, lapor Xinhua yang memetik Variety, pada Isnin.
Disney umum buang 7,000 pekerja
SYARIKAT Walt Disney mengumumkan penstrukturan semula secara menyeluruh dengan memberhentikan 7,000 pekerja di bawah pengurusan Ketua Pegawai Eksekutif, Bob Iger.
Bob Iger letak jawatan CEO Disney
Bob Iger, 69, mengumumkan perletakan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Walt Disney (DIS), berkuatkuasa serta merta.
'Hitler pasti sukakan media sosial' - Pengerusi Disney
Media sosial menafikan sesuatu yang mencabar kepercayaan seseorang sambil pada masa sama mengukuhkan keyakinan tentang suatu perkara dan melahirkan rasa takut yang mendalam.