Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan sehingga lima lesen kepada pemohon yang layak untuk menubuhkan bank digital yang menjalankan urusan perbankan konvensional atau secara Islam di Malaysia.
Bank pusat hari ini mengeluarkan Draf Dedahan Rangka Kerja Pelesenan bank digital sebagai sebahagian daripada langkah yang dilaksanakan oleh bank itu untuk membolehkan penggunaan teknologi yang inovatif dalam sektor kewangan.
Dalam kenyataan hari ini BNM berkata draf dedahan itu menggariskan rangka kerja yang dicadangkan bagi pelesenan bank digital yang menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan untuk menangani jurang pasaran dalam segmen kurang dan tidak mendapat perkhidmatan kewangan.
"Penubuhan bank digital ini dijangka dapat memberikan akses yang lebih bermakna kepada pengguna kewangan untuk mendapatkan solusi kewangan bersesuaian dan termampu serta menggalakkan penggunaan produk kewangan yang lebih bertanggungjawab," kata bank pusat.
Menurut BNM ia telah menerima pakai pendekatan yang seimbang untuk membolehkan kemasukan bank digital dengan tawaran nilai yang kukuh serta memelihara integriti dan kestabilan sistem kewangan serta menjaga kepentingan pendeposit, dengan mengambil kira bahawa bank digital sedemikian masih belum beroperasi dalam kitaran kewangan dan ekonomi sepenuhnya.
Bagi mencapai hasil yang dikehendaki, BNM berkata ia telah menetapkan had ke atas aset kumulatif yang boleh dijana tidak melebihi RM2 bilion pada tiga hingga lima tahun awal operasi.
"Tempoh yang ditetapkan berfungsi sebagai 'fasa asas' bagi bank digital berlesen untuk menunjukkan daya maju dan kekukuhan operasi mereka, manakala bagi bank, tempoh itu bertujuan memantau prestasi dan sebarang risiko yang mungkin timbul," katanya.
BNM berkata bank digital perlu mematuhi keperluan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA), termasuk keperluan berkaitan yang terdiri daripada standard kehematan, pengendalian perniagaan dan perlindungan pengguna dan pencegahan pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.
Sepanjang tempoh asas yang dinyatakan, ia berkata bank digital berlesen akan tertakluk kepada keperluan pengawalseliaan yang lebih mudah berkaitan dengan kecukupan modal, mudah tunai, ujian tekanan dan keperluan penzahiran awam.
"Berhubung dana modal minimum, bank digital perlu mengekalkan dana modal minimum yang tidak terjejas oleh kerugian sebanyak RM100 juta sepanjang tempoh fasa asas dan selepas tamat tempoh itu, jumlah yang ditetapkan adalah RM300 juta.
"Draf Dedahan ini akan dikeluarkan bersama-sama dengan "Application Procedures for New Licences under FSA and IFSA, dan Application Procedures for Acquisition of Interest in Shares and to be a Financial Holding Company" untuk memberikan penerangan yang lebih jelas mengenai prosedur dan kriteria yang ditetapkan dalam proses permohonan untuk menjadi pihak yang dilesenkan di bawah FSA dan IFSA," katanya.
Sehubungan itu, bank pusat mengundang maklum balas secara bertulis terhadap draf dedahan ini, termasuk bidang-bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan.
Maklum balas bertulis perlu disokong oleh alasan yang jelas dan disertakan bukti atau ilustrasi untuk membolehkan pihak bank membuat penilaian dan dihantar selewat-lewatnya pada 28 Feb 2020 menerusi e-mel [email protected].
"Bank akan menilai semua maklum balas yang diterima dan akan memuktamadkan Dokumen Dasar pada separuh pertama 2020. Permohonan untuk mendapatkan lesen akan dibuka sebaik sahaja Dokumen Dasar dikeluarkan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 27 2019
BNM mengundang maklum balas secara bertulis terhadap draf dedahan ini, termasuk bidang-bidang yang memerlukan penjelasan lanjut atau cadangan alternatif yang boleh dipertimbangkan.
Mesir, rakan usaha dapatkan gencatan senjata di Gaza
Mesir sedang berusaha mendapatkan satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza dengan sokongan Amerika Syarikat (AS) dan Qatar, kata Menteri Luar Mesir, Sameh Shoukry pada Jumaat.
MediaTek lancar cip Dimensity 6300 dengan teknologi 6nm
Ia dihasilkan dengan teknologi 6nm TSMC dengan konfigurasi dua teras Cortex-A76 sehingga 2.4GHz dan enam teras Cortex A55 sehingga 2.0GHz.
Filem Sheriff pamer sisi berbeza Kamal Affandi sebagai pegawai polis
Filem Sheriff menemui penonton di pawagam mulai 18 April.
Bursa Malaysia dijangka mengalami keadaan tidak banyak berubah minggu depan
FBM KLCI dijangka turun naik dalam julat 1,528 hingga 1,560 minggu depan, dengan sokongan serta-merta pada 1,520, diikuti oleh 1,508.
Noktah kemiskinan tegar, isu kewarganegaraan dibincang bersama MPN PKR Sabah
Anwar yang juga Presiden PKR berkata MPN PKR Sabah telah mengutarakan kepentingan memesatkan usaha menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.
Tun Hanif Omar lakar sejarah Ketua Polis Negara paling lama, termuda
Allahyarham dilantik memegang jawatan Ketua Polis Negara keempat pada usia 35 tahun bermula 8 Jun 1974.
AWANI Ringkas: PM di Sabah, lawatan kerja sehari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amelia Henderson jawab tuduhan pakai rantai dengan loket salib
Aktres i.D berikut menerima kecaman kerana memakai loket balerina yang disalah erti oleh warga maya dengan lambang salib.
Mengenang Tun Mohammed Hanif Omar 1939-2024
Baik bagi mengenang pemergian tokoh negara berjiwa besar Allahyarham Tun Haniff Omar
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Bersama kami di talian adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini yang juga merupakan tokoh pentadbiran yang kita kenali
Perluasan konflik serantau, Asia Barat
Prof Dr Azmi Hassan, Felo Kanan Akademi Penyelidikan Strategik Nusantara NASR
Bank berjaya sekat RM383 juta urus niaga penipuan pada 2023
Chong berkata, pencapaian 15 bank di Malaysia membuktikan komitmen mereka terhadap langkah pencegahan penipuan yang kukuh.
Kadar antara bank jangka pendek ditutup stabil, disokong operasi BNM
Bank pusat menawarkan tender pasaran wang konvensional, satu tender repo berbalik dan satu tender Qard.
Bank dan syarikat telekomunikasi di Singapura mungkin perlu bayar kepada mangsa penipuan
SRF menetapkan tanggungjawab relevan kepada institusi kewangan dan syarikat telekomunikasi untuk mengurangkan penipuan pancingan data.
Bank-bank sambut baik ciri-ciri progresif dalam Belanjawan 2024
CEO OCBC Bank Tan Chor Sen berkata, inisiatif kerajaan berpandangan jauh dalam mencapai cita-cita Ekonomi MADANI.
Permodalan sistem perbankan Malaysia kekal kukuh pada separuh pertama 2023 - BNM
BNM berkata, nisbah perlindungan mudah tunai dan nisbah pendanaan stabil bersih agregat kekal jauh melebihi paras minimum pengawalseliaan.
Tiga cedera ringan, polis bantuan tertembak lantai bank
Tiga cedera ringan apabila seorang polis bantuan lelaki dipercayai terlepas tembakan ketika berurusan di sebuah bank di Pekan Jasin, di sini, pada Selasa.
Pertumbuhan pinjaman bank diunjur lebih perlahan jika KDNK lebih lemah daripada jangkaan - Maybank IB
Pertumbuhan pinjaman terus menjadi menyederhana pada Julai 2023 kepada 4.2% dari tahun ke tahun.
6 bank Itali jadi mangsa serangan siber
Enam bank utama Itali mendakwa menjadi mangsa serangan siber kumpulan penggodam pro-Rusia dikenali NoName057(16), lapor Sputnik memetik media Itali pada Selasa.
Bank tingkatkan ciri-ciri keselamatan bagi perangi penipuan, scam
Institusi perbankan di Malaysia akan terus menyesuaikan dan menambah baik ciri-ciri keselamatan mereka, selaras dengan lima langkah utama Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memerangi penipuan kewangan.
Peminjam perlu hubungi bank bincang pilihan bayaran balik kewangan
ABM sedia bantu peminjam perniagaan kecil yang hadapi kesukaran membayar balik hutang disebabkan peningkatan kos pinjaman berikutan kenaikan OPR.