ADALAH menjadi satu kemestian bagi pemandu kereta dan juga penunggang motosikal untuk mengisi minyak.

Tanpa minyak, bagaimana kenderaan hendak bergerak... betul tak?

Sama ada harga minyak turun atau naik.. hendak atau tidak, pembelian minyak merupakan satu keperluan bagi mereka yang mempunyai kenderaan.




Namun, pembelian minyak adalah ialah salah satu daripada banyak barangan harian dan keperluan asas lain yang harus dibeli!

Dengan kos sara hidup yang juga kian meningkat… bagaimana pengguna hendak berjimat?

Jawapannya adalah AFFINBANK BHPetrol 'Touch & Fuel' MasterCard Contactless.



Ia memberikan pelbagai ganjaran kepada pengguna.

Pada hari Sabtu dan Ahad, pemegang Kad akan menerima rebat tunai petrol sehingga 10 peratus untuk perbelanjaan petrol di semua stesen BHPetrol yang terpilih.

Pada hari Isnin hingga Jumaat pula, pengguna akan menikmati rebat tunai sehingga dua peratus untuk penggunaan di stesen BHPetrol.

Selain itu, pengguna juga akan menikmati penjimatan lain seperti caj kewangan yang menarik, BHPetrol eCard percuma iaitu 1 epoint BHPetrol untuk setiap perbelanjaan RM1 di stesen BHPetrol di seluruh negara, dan Insurans Kemalangan Peribadi percuma sebanyak RM 30,000 selama setahun.


Bukan itu sahaja! Hadiah menarik juga menanti pemegang kad baharu.

Anda berpeluang untuk dapatkan hadiah pengaktifan istimewa iaitu sebuah ‘powerbank’ apabila berbelanja minimum RM100 dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pengeluaran kad.

Penggunaan kad ini juga begitu mudah.

Pemegang Kad hanya perlu mengimbas kad mereka pada skrin MasterCard Contactless, tunggu bunyi ‘bip’ dan bersedia untuk isi minyak.

Kemudahan ini meletakkan BHPetrol sebagai rangkaian saudagar pertama di Asia Tenggara yang mempunyai ciri-ciri istimewa ini.



Lebih kurang 160 stesen BHPetrol kini dilengkapi dengan 1,500 terminal pembayaran tanpa sentuh di seluruh Semenanjung Malaysia.

BHPetrol memberikan pelanggan manfaat serta pengalaman mengisi minyak yang lebih jimat, mudah dan cekap.

Untuk maklumat lanjut tentang AFFINBANK BHPetrol 'Touch & Fuel' MasterCard Contactless, layari https://www.affinonline.com/more_fuel_for_every_refuel