Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) dan anak syarikat milik penuh Tenaga Nasional Berhad, Allo Technology Sdn Bhd (Allo) mengumumkan kerjasama strategik yang membolehkan Astro menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan yang unik kepada capaian sedia ada dan baharu yang dihubungkan Allo.
Tawaran ini akan memberikan pengguna menikmati sambungan jalur lebar berkelajuan tinggi dan kandungan Astro.
Kerjasama ini adalah usaha Astro untuk mendukung inisiatif Pelan Gantian Optik dan Kesalinghubungan Negara (NFCP) yang dilaksanakan kerajaan.
Perjanjian kerjasama itu ditandatangani Ketua Pegawai Eksekutif kedua-dua syarikat, Henry Tan mewakili Astro manakala Rodzi Ahmad bagi Allo.
Henry Tan berkata meskipun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dikuat kuasa, perkhidmatan Astro masih berjalan seperti biasa.
"Astro teruja untuk mengumumkan kerjasama dengan Allo untuk perkhidmatan jalur lebar dan kandungan.
"Allo mempunyai pelan pelaksanaan di seluruh negara yang memberangsangkan. Kami yakin ini akan membuka peluang baharu untuk Astro sejajar dengan strategi jalur lebar kami.
“Kerjasama ini akan meluaskan capaian jalur lebar sedia ada daripada TM, Maxis dan TIME kepada lebih 150,000 isi rumah dan perniagaan baharu dalam tempoh 18 bulan akan datang.
"Ini akan membantu kami memperluaskan capaian jalur lebar Astro ke kawasan seperti Alor Gajah, Cyberjaya, Bangsar South dan banyak lagi kawasan pinggir bandar," katanya dalam satu kenyataan, pada Isnin.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Allo, Rodzi Ahmad berkata Allo akan terus meluaskan perkhidmatan gentian optiknya ke seluruh negara di bawah inisiatif NFCP bermula di Melaka, Perak, Johor, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.
"Kami mengalu-alukan kerjasama Astro ini untuk sama-sama terus berkembang menerusi pelan pengembangan ini.
"Allo memfokuskan untuk meluaskan sambungan gentian optik ke kawasan luar capaian yang berdaya maju.
Justeru, kerjasama ini membolehkan kami memperluaskan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan berkelajuan tinggi ke kawasan-kawasan ini untuk dinikmati pengguna.
"Melalui konsep akses terbuka bagi infrastruktur borong yang membolehkan pelbagai perkhidmatan dari Penyedia Perkhidmatan Runcit (RSP), Allo berharap tawaran jalur lebar dan kandungan ini dapat diperkenalkan pada harga yang kompetitif dan diakses oleh pelanggan," jelasnya.
Sebagai sebahagian daripada kerjasama ini, Astro akan dapat menjual semula semua produk jalur lebar Allo, termasuk jalur lebar berkelajuan sehingga 1 Gbps.
Semasa pelancaran, Astro akan menawarkan perkhidmatan jalur lebar berkelajuan tinggi berkelajuan 50 Mbps dan 100 Mbps yang menjimatkan kos, pada harga RM99 dan RM129.
Kandungan ditawarkan termasuklah Pek Keluarga Astro dengan lebih daripada 40 saluran antaranya Astro Ria, Astro Prima, Astro Arena, Astro Awani, Astro AEC, Astro Xiao Tai Yang, NatGeo WILD, FOXlife dan kandungan HD.
Selain mengatasi jurang digital antara kawasan dalam dan luar bandar, Henry berkata tawaran ini akan meningkatkan penglibatan pelanggan, membolehkan mereka menikmati rancangan TV kegemaran dan ribuan rancangan Astro On Demand melalui set-top box dan peranti yang dihubungkan seperti telefon bimbit dan tablet.
"Tawaran jalur lebar Astro ini unik kerana bukan sahaja ia memenuhi gaya hidup keluarga moden tetapi juga keperluan individu untuk mendapatkan maklumat, hiburan dan terus berhubung," ujar beliau.
Pelanggan juga akan menikmati akses percuma ke Astro GO yang membolehkan penstriman video mengikut keselesaan mereka.
Pelanggan digalakkan untuk menyambungkan set-top box mereka untuk menikmati lebih daripada 15,000 kandungan On Demand, sebahagian daripada tawaran ini.
Astro Awani
Tue Apr 28 2020
Astro dan Allo umum kerjasama strategik yang membolehkan Astro menawarkan perkhidmatan jalur lebar dan kandungan yang unik kepada capaian sedia ada dan baharu yang dihubungkan Allo.
Niaga AWANI: Pendidikan AI sekolah rendah: Pembangunan masa depan digital
Di sekolah rendah di Malaysia, pelajar akan diperkenalkan kepada asas AI dalam mata pelajaran baharu yang dipanggil Teknologi dan Digital bermula dari 2027. Apakah persiapan yang diperlukan setiap sekolah untuk memastikan pelahar lebih muda dibawa masuk ke dunia penggunaan AI yang bertanggungjawab?
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MOSTI sasarkan penubuhan 900 pemula niaga menjelang 2026
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menyasarkan untuk memudahkan penubuhan sehingga 900 pemula niaga kecerdasan buatan AI menjelang 2026 melalui program perintis AI Sandbox 2024.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Klopp terima kenyataan kurang ancaman punca Liverpool tewas
Mohamed Salah kurang menunjukkan prestasi terbaiknya sejak kembali dari kecederaan hamstring.
Niaga AWANI: Sinergi diperlukan bagi merealisasikan aspirasi mampan negara
Kenyataan itu juga mengatakan bahawa RHB telah mencapai kemajuan yang ketara ke arah operasi neutral karbon, mencapai pengurangan 43 peratus dalam pelepasan gas rumah hijau (GHG) operasi berbanding garis dasar 2016, merangkumi Skop 1, 2, dan 3 (Perjalanan Perniagaan melalui Jalan dan Udara.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
AWANI Pagi: Raya Oh Raya: Alamak! Poket dah "kering" ni
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama Dr Nur Lalua Rashidah Mohd Rahsiad, Pengurus, Perhubungan Korporat Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU) mengenai pengurusan kewangan selepas berdepan perbelanjaan yang banyak dimulai sesi sekolah dibuka diikuti puasa dan hari raya. Ini termasuk bagaimana pengurusan yang baik boleh membantu membawa keluar keluar daripada pergelutan kewangan sementara menunggu gaji bulan seterusnya.
Niaga AWANI: RHB tingkatkan sasaran perkhidmatan kewangan kepada RM50 bilion menjelang 2026
Menjelang 2030, RHB menyasarkan untuk mencapai pengurangan 20 peratus dalam sektor ini. Menjelang 2050, matlamat RHB adalah untuk mencapai pengurangan sehingga 96 peratus dalam pelepasan yang dibiayai merentas lima sektor.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Reformasi Ekonomi: Antara subsidi, mekanisme & kesejahteraan rakyat
Pengarah dan Penganalisis, Research Institute for Indonesia, Thailand and Singapore (ITS) Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Md Shukri Shuib mengulas berkenaan usaha rasionalisasi subsidi petrol yang akan dilaksanakan kerajaan, serta impak kepada reformasi ekonomi ini.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Iran beri amaran Israel terhadap tindakan kententeraan lanjut
Seorang komander Pengawal Revolusi Iran berkata, Iran boleh mengkaji semula "doktrin nuklear" berikutan ancaman Israel.
Niaga AWANI: Harga bahan api: Mekanisme sesuai dilaksana, dorong guna tenaga lebih cekap
Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada RE; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosioekonomi terhadap rakyatnya.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Kuda lumba dikesan cuba 'curi-curi' naik kereta api
Haiwan itu dilihat muncul di stesen Warwick Farm di NSW dan berlari menuju ke garisan kuning platform seperti menunggu ketibaan kereta api.