ASEAN dan pihak Kesatuan Eropah (EU) berusaha sedaya upaya untuk meninjau kemungkinan menghidupkan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan akan mengemukakan perkembangannya di mesyuarat perundingan pada 2019.
Menteri Perdagangan dan Industri (Perdagangan) Singapura, Lim Hng Kiang, berkata demikian ketika ditanya mengenai tarikh rundingan semula FTA ASEAN-EU pada sidang media selepas Perundingan Pesuruhjaya Perdagangan EU-Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN (AEM) Ke-16, di sini, pada Jumaat.
Perundingan kali ini dipengerusikan bersama oleh Lim dan Pesuruhjaya Perdagangan EU, Cecilia Malmstrom.
Singapura merupakan Pengerusi ASEAN bagi tahun ini.
Menjawab pertanyaan sejauh mana kesungguhan ASEAN-EU menyambung usaha FTA tersebut, Lim berkata: "Kesungguhan politik untuk melancarkan FTA ASEAN-EU itu memang ketara. Bagaimanapun, kita akui ia merupakan satu usaha yang sukar.
"Oleh itu, selepas kita saling memahami satu sama lain secara mendalam, sudah pasti rundingan juga menjadi lebih lancar. Banyak usaha yang diperlukan untuk membangunkan rangka kerja ini agar ia berkesan dan bermanfaat."
Rundingan FTA ASEAN-EU itu dilancarkan pada 2007 namun perkembangannya perlahan dan terbantut pada 2009.
Dalam satu kenyataan bersama yang dikeluarkan selepas Perundingan itu, Pesuruhjaya Perdagangan AEM dan EU turut menyentuh Laporan Kemajuan yang dikemukakan oleh Kumpulan Kerja Bersama (JWG) bagi pembentukan rangka kerja membabitkan masa depan FTA berkenaan.
Pihak Pesuruhjaya Perdagangan AEM dan EU turut mempertanggungjawabkan Pegawai Kanan Ekonomi untuk meneruskan usaha mewujudkan rangka kerja itu, termasuk menerusi saluran rundingan domestik secara berterusan selain penglibatan dialog pakar, kata kenyataan itu.
Malah, kedua-dua pihak Pesuruhjaya Perdagangan AEM dan EU juga menyambut baik hubungan perdagangan dan pelaburan yang kukuh antara kedua-dua wilayah berkenaan.
EU merupakan rakan dagang kedua terbesar ASEAN pada 2016.
Mengikut statistik EU, perdagangan dua hala ASEAN-EU mencecah 226.8 bilion euro (1 euro = RM4.79) pada 2017 dan meningkat 9.1 peratus bagi tahun ke tahun.
Selain itu, EU turut mengekalkan kedudukannya sebagai sumber terbesar pelaburan langsung asing ke ASEAN pada 2016 yang bernilai 26.3 bilion euro.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 02 2018
Rundingan FTA ASEAN-EU itu dilancarkan pada 2007 namun perkembangannya perlahan dan terbantut pada 2009. - Gambar fail
Qatar masih komited sebagai perantara dalam rundingan gencatan senjata di Gaza
Qatar masih komited untuk menjadi orang tengah antara Hamas dan Israel untuk mencapai satu gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
Negara berdukacita, nahas udara TLDM Lumut terburuk libatkan helikopter
TLDM mengesahkan 10 anggotanya terkorban melibatkan tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM.
Nahas helikopter Lumut: 'Amirulfaris orang yang baik, orang baik selalu pergi dulu'
Mohamad Amirulfaris sangat menjaga kebajikan ibu bapanya dan seorang yang sangat peramah dengan saudara-mara.
200 hari menyerang Gaza, Israel rancang serang Rafah yang bakal memburukkan keadaan
Sejak Oktober tahun lepas, tentera Israel telah membunuh 34,183 warga Palestin dan mencederakan lebih 77,000 yang lain.
Nahas helikopter Lumut: Bapa reda pemergian anak 'tulang belakang' keluarga
Bapa kepada Pegawai Memerintah Skuadron 502 Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Komander Mohamad Amir Mohamad, 44, menganggap pemergian anaknya itu yang merupakan tulang belakang keluarga, sebagai sat
HDC anjur Forum Kepimpinan Ekonomi Halal 2024 di Riyadh bulan ini
HDC akan menganjurkan HELF untuk meluaskan jejak globalnya, yang dibangunkan melalui pencapaian cemerlang Litar Persidangan Perniagaan Halal Dunia di London tahun lepas.
Galak kanak-kanak baca buku kepelbagaian kaum, agama untuk faham, rai perbezaan - Fahmi
Kanak-kanak perlu didedahkan dengan budaya membaca terutama buku mengenai kepelbagaian kaum dan agama di negara ini sebagai usaha melahirkan generasi berpengetahuan.
Nahas helikopter Lumut: Ahli keluarga menggigil terima berita kematian Sivasutan
Sivanesan berkata hatinya luluh apabila mengetahui Sivasutan pula disahkan sebagai seorang daripada mangsa yang maut dalam nahas itu.
Nahas helikopter Lumut: Adik mahu kakak dikebumi di Sarawak
Pelajar tingkatan empat itu berkata kali terakhir dia bertemu dengan kakaknya pada sambutan Hari Gawai tahun lepas.
Jualan kenderaan baharu Malaysia susut 10 peratus - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia pada Mac 2024 susut 10 peratus kepada 71,052 unit, berbanding 78,881 yang didaftarkan pada bulan yang sama tahun lepas, kata Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
ASEAN-EU berusaha pulihkan rundingan FTA
ASEAN dan pihak Kesatuan Eropah (EU) berusaha sedaya upaya untuk meninjau kemungkinan menghidupkan semula rundingan perjanjian perdagangan bebas (FTA).
AEC di landasan tepat, kini siap 91.5 peratus - Mustapa
Cadangan Malaysia untuk membentuk satu komuniti ekonomi tunggal di ASEAN menjelang penghujung tahun ini, kini di landasan yang tepat dan siap 91.5 peratus.