Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) mula beroperasi hari ini melalui majlis perasmian pecah tanah oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Alibaba Group, Jack Ma petang tadi.

Apa DFTZ?

DFTZ merupakan suatu inisiatif untuk memanfaatkan perkembangan dan pertumbuhan ekonomi Internet dan aktiviti e-dagang merentas sempadan.

DFTZ merupakan persedian untuk memudahkan perdagangan melangkaui sempadan dengan lancar dan membolehkan perniagaan tempatan mengeksport barangan mereka dengan menjadikan e-dagang sebagai keutamaan.

DFTZ mempunyai tiga komponen:

eFulfilment Hab: Membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dalam mengeksport barangan mereka dengan mudah.

Hab Perkhidmatan Satelit: Menghubungkan PKS dengan syarikat terkemuka yang menawarkan perkhidmatan seperti pembiayaan, pemenuhan mil akhir, insuran dan perkhidmatan lain yang penting dalam e-dagang.

Platform eServis: Menguruskan pelepasan kargo dengan cekap dan proses lain yang diperlukan dalam perdagangan rentas sempadan.

Siapa yang mendapat manfaat daripada DFTZ?

PKS dan pengeluar Malaysia yang ingin mengeksport.

- Pemilik jenama global yang ingin menubuhkan hab serantau untuk disampaikan kepada pelanggan ASEAN.
- Pasaran untuk mencari sumber dan menggunakan Malaysia sebagai hab.
- Pembekal perkhidmatan tempatan dan global

[Tonton video berikut majlis pecah tanah Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) yang berlangsung di Aeropolis Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang tadi.]


BACA: Perdana Menteri, Jack Ma lancar operasi DFTZ

Di mana letaknya DFTZ?


Pusat eFulfilment pertama DFTZ bertempat di KLIA Aeropolis.

Pusat Perkhidmatan Satelit pertama DFTZ, Bandaraya Kuala Lumpur Internet City (KLIC) akan ditempatkan di Bandar Malaysia.

Melalui kewujudan DFTZ, eksport PKS dijangka akan ditingkatkan sebanyak USD 38 bilion dan penjanaan lebih daripada 60,000 pekerjaan baru dijana menjelang 2025.