Timbalan Pengerusi Eksekutif LionGold Corp., salah satu daripada tiga syarikat yang kini disiasat di Singapura selepas pegangan saham mereka jatuh menjunam pada Oktober 2013, disaman dan diperintahkan untuk memmbayar semula wang yang dipinjamnya untuk membeli saham.

Berdasarkan pertuduhan yang difailkan pada April lalu di Mahkamah Tinggi Singapura, Datuk Wira Dani Abdul Daim berhutang dengan Maybank Kim Eng Securities Pte sejumlah S$2.6 juta (RM7.13 juta) bagi saham LionGold yang dibeli dalam akaun pinjaman.

Syarikat broker itu telah menerima kelulusan mahkamah bulan lalu untuk menyerahkan surat saman tersebut kepada anak bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin itu.

Saham LionGold, Blumont Group Ltd. dan Asiasons Capital Ltd. Telah merudum teruk pada Oktober 2013, dengan sejumlah S$6.9 bilion (RM18.96 bilion) lupus dari nilai pasaran mereka dalam tempoh tiga hari.

Keadaan tersebut telah membuatkan pihak berkuasa Singapura menjalankan siasatan ke atas aktiviti luar biasa dalam dagangan saham dan tindakan undang-undang oleh bank serta broker yang mahu menydapatkan semula sekurang-kurangnya S$230 juta (RM632 juta).

Ketiga-tiga syarikat berkenaan bagaimanapun menyatakan bahawa mereka tidak menyedari faktor yang menyebabkan kejatuhan pantas nilai saham tersebut.