Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, akan terbang ke Hanoi (Vietnam) and Phuket (Thailand) dengan penerbangan terus dari Pulau Pinang, mulai 1 Julai 2018.

AirAsia dalam satu kenyataan berkata, penerbangan itu yang menandakan laluan ke-9 dan 10 dari Pulau Pinang akan mengukuhkan hubungan antara ASEAN syarikat penerbangan tersebut.

"Penerbangan dari Pulau Pinang ke Hanoi akan beroperasi sebanyak empat kali seminggu, manakala penerbangan ke Phuket ada setiap hari," katanya.

Ketua Komersil, Spencer Lee, berkata bagi meraikan pelancaran laluan baharu ini, AirAsia akan menawarkan promosi semua dalam tambang daripada RM99 (Pulau Pinang-Hanoi) dan RM79 (Pulau Pinang-Phuket) bagi perjalanan sehala sehingga 15 April 2018 untuk tempoh perjalanan antara 1 Julai 2018 dan 28 Okt 2018.

"AirAsia sekarang ini mengendalikan 102 penerbangan mingguan ke Kuala Lumpur, termasuk Johor Bahru (31 kali seminggu), Kota Kinabalu (11 kali seminggu), Kuching (10 kali seminggu), Langkawi (21 kali seminggu), Ho Chi Minh City (7 kali seminggu), Singapura (28 kali seminggu), Medan (28 kali seminggu), Surabaya (lima kali seminggu) dan Jakarta (14 kali seminggu) melalui AirAsia Indonesia dan Bangkok (14 kali seminggu) melalui AirAsia Thailand," katanya. -- Bernama