AirAsia hari ini melancarkan penerbangan pertama Kuala Lumpur (KL) ke Davao (Filipina).

Dalam kenyataan, syarikat penerbangan tambang rendah itu berkata laluan baharu tersebut akan beroperasi dengan empat penerbangan seminggu pada Isnin, Selasa, Khamis dan Ahad.

"Satu acara diadakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 hari ini untuk meraikan penerbangan sulung, AK590, pada 10.25 pagi, dengan 100 peratus faktor muatan," katanya.

AirAsia berkata laluan baharu itu menandakan laluan terus keempat dari Malaysia ke Filipina selepas Manila, Cebu dan Kalibo.

"Kami turut menghubungkan penumpang ke bandar lain di Filipina, iaitu Clark, Catician,Tacloban, Palawan dan Tagbilaran," katanya. -- Bernama