Syarikat penerbangan tambang rendah AirAsia Berhad (AirAsia) berhasrat menawarkan lebih banyak laluan baharu menerusi Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) selain penerbangan harian dua hala ke Pulau Pinang yang dilancarkan bermula hari ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Riad Asmat berkata bagaimanapun usaha jangka panjang itu bergantung kepada permintaan daripada penumpang bagi laluan yang ditawarkan dan kerjasama daripada pelbagai pihak termasuk kerajaan negeri Melaka dalam mempromosikan laluan tersebut.
Katanya berdasarkan maklum balas yang diterima, Melaka merupakan dua destinasi popular dalam kalangan penumpang asing yang menaiki penerbangan syarikat itu selain Pulau Pinang kerana kedua-dua negeri berkenaan mempunyai beberapa persamaan khususnya dari segi aspek warisan serta sejarah yang diiktiraf UNESCO dan ia menjadi tarikan utama kedatangan pelancong ke destinasi tersebut.
"Bagi perancangan jangka masa panjang khususnya untuk laluan baharu menerusi LTAM, lokasinya sebenarnya banyak tetapi apa pun kita akan membuat kaji selidik sebelum ia dimuktamadkan dan sekurang-kurangnya ia memerlukan antara tiga hingga enam bulan.
"Kita percaya Melaka mempunyai potensinya tersendiri dan jualan tiket bagi laluan dua hala Melaka ke Pulau Pinang dan Pulau Pinang ke Melaka yang baharu dilancarkan hari ini agak memberangsangkan iaitu melebihi 90 peratus daripada jumlah kerusi yang ditawarkan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Penerbangan Pertama AirAsia Melaka-Pulau Pinang-Melaka di LTAM, di sini, hari ini yang turut dihadiri Ketua Menteri Melaka Adly Zahari.
Pada majlis itu, Melaka menerima penerbangan pertama dari Pulau Pinang yang membawa 175 penumpang menggunakan pesawat Airbus A320 yang berlepas dari Lapangan Terbang Pulau Pinang pada 1.20 petang dan mendarat di LTAM pada 2.25 petang.
Mengulas lanjut, Riad berkata pembukaan laluan baharu itu bukan sahaja akan membantu mengembangkan industri pelancongan tempatan tetapi juga menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi jangka panjang bagi kedua-dua bandar warisan dunia itu.
"Menerusi laluan itu, penduduk Melaka yang ingin ke Sabah dan Sarawak atau destinasi lain di Asean boleh menaiki penerbangan berkenaan menerusi hab kami di Pulau Pinang. Melaka merupakan destinasi domestik keenam AirAsia dan laluan ke-14 dari hab Pulau Pinang," katanya.
Sementara itu, Adly berkata laluan penerbangan baharu AirAsia di LTAM itu dilihat dapat membantu kerajaan negeri memastikan lapangan terbang tersebut berfungsi secara optimum dan memberikan perkhidmatan penerbangan kepada rakyat.
Selain itu, katanya, ia juga dapat menyumbang peningkatan kedatangan pelancong ke Melaka dan membantu mempromosikan negeri itu sebagai salah satu destinasi pelancongan utama Asia serta merancakkan Tahun Melawat Melaka 2019.
"Pada suku pertama tahun ini, Melaka menerima sebanyak 4.79 juta pelancong iaitu 3.4 juta orang merupakan pelancong tempatan manakala 1.38 juta pelancong asing.
"Dengan perkhidmatan terbaharu yang ditawarkan AirAsia, kita yakin sasaran 20 juta pelancong ke Melaka pada tahun ini dapat dicapai," kata Adly.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jul 01 2019
Adly (enam, kiri) bersama para kakitangan AirAsia dan barisan Exco Kerajaan Negeri Melaka selepas Sambutan Penerbangan Pertama AirAsia Melaka-Pulau Pinang-Melaka di LTAM hari ini. --fotoBERNAMA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Imigresen Perak gempur 9 premis, tahan 38 pendatang tanpa izin
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Perak menahan 38 warga asing dalam serbuan ke atas sembilan premis perniagaan di sekitar daerah Kinta dan Batang Padang semalam.
Jangan kecam, politikkan penganjuran Jejak Harmoni - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara (KPN) berharap penganjuran program Jejak Harmoni yang menyantuni pemimpin agama dan penganut di rumah-rumah ibadat di negara ini tidak dikecam atau dipolitikkan.
Agenda pemantapan tatakelola, integriti jadi asas utama SPRM
SPRM akan memastikan agenda pemantapan tatakelola serta penginstitusian integriti menjadi asas utama selain siasatan kes jenayah rasuah yang menjadi tugas agensi itu.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
Pasukan sorak Malaysia raih tempat ketiga di Florida
Pasukan sorak Team Malaysia Youth All Girls meraih tempat ketiga divisyen Youth All-Girl Median di International Cheer Union World Junior Cheerleading Championship.
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
LIMA '25 pada 20-24 Mei 2025, ketengah kepentingan pemain industri
Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata LIMA '25 di pulau peranginan Langkawi, Kedah itu bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Kerajaan sedang lengkapkan kertas dasar perkukuh industri pertahanan negara
Kementerian Pertahanan sedang melengkapkan kertas dasar bagi memperkukuhkan industri pertahanan negara.
Modul PLKN 3.0 dirangka sesuai umur peserta
PLKN 3.0 dijangka melibatkan pelajar sekolah menengah dan belia termasuk penuntut institusi pengajian tinggi.
Cuaca panas: ATM sedia kerjasama laksana operasi pembenihan awan - Adly
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia memberikan kerjasama dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) untuk melaksanakan operasi pembenihan awan.
Mindef laksana enam projek pembangunan di pantai barat Sabah, Labuan
Kementerian Pertahanan melaksanakan enam projek pembangunan di kem tentera yang terletak di sepanjang pantai barat Sabah dan Labuan.
131 anggota, veteran ATM terkesan banjir di Kelantan dan Terengganu - Adly
Sebanyak 131 anggota dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terkesan dengan banjir di Kelantan dan Terengganu baru-baru ini.
AWAN perlu sedia pelan tindakan Wanita Amanah bagi hadapi PRU16 - Adly
Sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16 kelak, Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) perlu menyediakan Pelan Tindakan Wanita Amanah.
Amanah sedia terima Pas dalam Kerajaan Perpaduan - Adly
Parti Amanah Negara (Amanah) terbuka menerima Pas dalam Kerajaan Perpaduan demi kepentingan rakyat, kata Naib Presiden Amanah, Adly Zahari.
Mindef sasar lebih 8,000 rumah keluarga siap pada 2025
Kementerian Pertahanan (Mindef) menyasarkan lebih 8,000 unit Rumah Keluarga Angkatan Tentera (RKAT) siap dibina menjelang 2025.
LCS: Mindef sedia bentang laporan setiap tiga bulan - Adly
Mindef akur dengan syor penambahbaikan PAC untuk membentangkan laporan kemajuan Projek Pembangunan Kapal Peronda Generasi Kedua (LCS) setiap tiga bulan.