CIMB Clicks masih selamat dan semua urus niaga pelanggan dilindungi.

Itu kenyataan rasmi CIMB Bank Berhad yang memperkenalkan beberapa langkah tambahan untuk meningkatkan keselamatan transaksi menerusi portal perbankan dalam taliannya.

Berikut kenyataan penuh yang dikeluarkan CIMB:


1. Kami terdengar berita dalam talian berhubung keselamatan CIMB Clicks. Adakah ini benar?

Kami ingin mengesahkan bahawa berita berkaitan keselamatan dalam talian CIMB Clicks adalah tidak benar.

Platform kami kekal selamat dan semua transaksi pelanggan terus dilindungi.


Berkaitan reCAPTCHA:


2. Mengapa saya perlu melengkapkan reCAPTCHA sebelum log masuk ke CIMB Clicks?

reCAPTCHA ialah perkhidmatan daripada Google yang membantu melindungi laman web daripada spam dan salah guna.

Sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian, kami telah memasukkan pengesahan reCAPTCHA.

Selepas pengesahan pelanggan berjaya, pelanggn boleh log masuk ke CIMB Clicks.


3. Bagaimanakah reCAPTCHA berfungsi?

"CAPTCHA" mampu membezakan manusia dan bot. Mudah bagi manusia untuk menyelesaikan, tetapi sukar untuk "Bots" dan perisian jahat lain untuk melakukannya.


4. Adakah terdapat sebarang serangan keselamatan pada CIMB Clicks?

Ini adalah langkah pencegahan untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian kami. Pengenalan reCAPTCHA adalah sebahagian daripada usaha berterusan bank untuk meningkatkan keselamatan CIMB Clicks dan melindungi pelanggan daripada mana-mana potensi ancaman keselamatan.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan. Kami beri jaminan bahawa CIMB Clicks dan transaksi perbankan anda tetap selamat.


5. Adakah saya perlu melalui reCAPTCHA setiap kali saya log masuk?

CIMB melaksanakan fungsi reCAPTCHA yang akan keluar sekiranya sistem mengesyaki log masuk dilakukan oleh Bot. Ini hanya langkah tambahan dan anda tidak perlu risau. Kami boleh beri jaminan bahawa CIMB Clicks dan urus niaga perbankan anda tetap selamat.


6. Adakah bank CIMB hanya menggunakan reCAPTCHA?

Kami tidak dapat mengulas mengenai bank lain. Bagi kami, keselamatan anda adalah sangat penting. Itulah sebabnya kami laksanakan usaha berterusan untuk mengukuhkan keselamatan dalam talian.


Berkaitan Kata Laluan:

7. Saya masih boleh log masuk CIMB Clicks walaupun menambah beberapa aksara yang tidak sah (lebih daripada 8 aksara) selepas kata laluan saya. Boleh saya tahu mengapa?

Kami beri jaminan bahawa berdasarkan kaedah Kata Laluan Clicks, sistem hanya melihat pada jumlah aksara kata laluan untuk mengesahkan log masuk. Mana-mana aksara selepas itu, jika dimasukkan oleh pengguna, tidak diendahkan oleh sistem.

Dua bulan lalu, kami meningkatkan sistem untuk membolehkan kata laluan yang lebih panjang (sehingga 20 aksara) dan memperkukuh kriteria kata laluan untuk memasukkan yang berikut:

• Kata laluan mestilah lapan (8) aksara atau lebih lama
• Kata laluan mestilah termasuk huruf, nombor, dan aksara khas. (Rujuk soalan 10)

Untuk mengelakkan kebimbangan mengenai log masuk, kami menggalakkan anda menukar kata laluan, jika anda masih belum melakukannya.


Keselamatan Clicks:

8. Bagaimanakah untuk mengetahui akaun Clicks saya tidak terjejas?

Memastikan keselamatan dalam talian anda adalah usaha bersama oleh kedua-dua pihak bank dan pelanggan.
Di pihak kami, CIMB telah mengambil langkah proaktif berikut:

• Sistem kami hanya akan membolehkan anda melakukan transaksi kewangan dengan TAC yang sah.
• Kami mempunyai sistem pemantauan dan kawalan penipuan 24 jam untuk melindungi pelanggan.
• Memperkenalkan penggunaan reCAPTCHA sebagai pengesahan tambahan untuk meningkatkan keselamatan pelanggan.
• Meningkatkan keselamatan kata laluan untuk menerima kata laluan lebih daripada lapan (8) aksara.

Sebagai pelanggan, anda digalakkan menjaga keselamatan CIMB Clicks anda dengan mengambil langkah berikut:

9. Bagaimanakah CIMB memastikan bahawa akaun Klik saya tidak dikompromi?

Kami mempunyai pasukan keselamatan IT yang memantau sebarang aktiviti yang mencurigakan pada CIMB Clicks. Mereka akan mengambil tindakan sewajarnya diperlukan sekiranya mereka mengesan sebarang aktiviti yang mencurigakan pada CIMB Clicks.


10. Adakah saya perlu mengambil langkah keselamatan untuk melindungi diri saya?

Sebagai pelanggan, kami ingin menggalakkan anda untuk menjaga keselamatan CIMB Clicks anda dengan mengambillangkah berikut:
11. Jika saya mengesyaki akaun terjejas , apa saya perlu lakukan?

Sila hubungi pusat hubungan kami di 03- 62047788 atau tulis kepada kami di [email protected]. Kami akan melihat isu ini dan kendalikan ia dengan sewajarnya.