TEDxMerdekaSquare series – TEDxMerdekaSquare minggu ini akan bertemu dengan dua wanita yang menjadi sumber inspirasi kepada ramai orang. Tan Su Lin yang berjaya dalam bidang pengiklanan, masih mempunyai masa untuk menolong masyarakat yang kurang bernasib baik melalui Kiva.org. Ellynita Lamin pula akan berkongsi pengalaman bagaimana beliau membawa perubahan kepada kawasan-kawasan yang dilanda bencana, khususnya pengalaman beliau bekerja dengan wanita masyarakat tempatan di Aceh selepas tsunami di sana.

Saksikan TEDxMerdekaSqua pada hari Isnin, jam 8.30 malam.