Tutup

Perodua sasar seribu unit Axia Style dijual sebulan

Perodua sasar untuk menjual seribu unit sebulan model Axia Style baharu bersandarkan pada ciri menarik yang ditawarkanya. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Datuk Zainal Abidin Ahmad berkata varian baharu itu ditampilkan dengan tiga ciri penampilan baharu daripada varian utama sedia ada, dijangka dapat memenuhi permintaan profesional muda dan pembeli kereta kali pertama.